Thursday 29 July 2010

11 SOALAN CEPUMAS BUAT ADUN SULABAYAN



Saudara Pengarang,

PADA hemat saya, Wakil Rakyat yang mewakili DUN Sulabayan seperti penyu yang bertelur secara senyap-senyap sebelum kembali ke laut selepas bertelur dan menyorok telurnya dalam pasir.

Saya ingin bertanya kepada mereka diberi peranan memilih calon atau Wakil Rakyat bahawa mereka memilih wakil yang layak untuk berhujah di Dewan Undangan Negeri atau Wakil Penyu yang hanya bertelur dan meninggalkan telurnya?

Adakah mereka pernah berfikir bahawa kita mewakili semua orang dalam DUN yang diwakili atau hanya mewakili ‘Kumpulan Kita’ atau Parti kita?

Pada hemat saya, pendidikan tinggi tidak diperlukan untuk menjadi wakil rakyat kerana yang paling penting, seseorang itu harus bersedia sepanjang masa untuk kepentingan kawasan yang diwakilinya.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Adun Sulabayan 11 soalan cepu emas berikut;

1. Selama Haji Herman menjadi wakil Rakyat, pernahkah dia laporkan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah bahawa di DUN Sulabayan terdapat ramai kumpulan ‘Miskin Tegar’ yang lengkap dengan statistiknya sebagaimana yang dilakukan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing?

2. Pernahkah beliau suarakan bahawa keselamatan di kawasan DUN Sulabayan langsung tidak terjamin sehingga dua orang pengusaha rumpair laut diculik oleh pendatang dari negara jiran yang langkap dengan senjata sedangkan semua pos kawalan keselamatan langsung tidak berfungsi?

3. Adakah cadangan menaik taraf Pos Kawalan Keselamatan dikemukakan kerana kawasannya sering didatangi oleh kumpulan yang memiliki senjata api yang membahayakan nyawa masyarakat dalam kawasannya?

4. Sudahkah wakil rakyat ini menunaikan semua janji pilihanrayanya? Seorang wakil rakyat hendaklah menunaikan semua janjinya sekurang-kurangnya dalam tempoh 100 hari dan mula menampakkan hasil selepas separuh penggalnya.

5. Adakah dia sudah berpuashati dengan hanya sebuah Sekolah Menengah sahaja yang terdapat di DUN yang diwakilinya bagi memastikan anak-anak di Sulabayan mendapat manfaat pendidikan berbanding DUN lain?

6. Ada berapa Pusat Kemahiran, Pusat Giat Mara, Politeknik yang telah wujud di DUN Sulabayan atau masih belum dirancang kerana alpa mengejar projek?.

7. Adakah cadangan untuk mewujudkan Universiti di kawasan DUN Sulabayan ataupun cadangan hanya akan difikirkan dalam masa 20 tahun akan datang?

8. Apakah Pelan Jangka Pendek, Sederhana dan Jangka Panjang untuk DUN Sulabayan bagi membebaskan diri dari masalah kemiskinan, keselamatan, pendidikan dan ekonomi?

9. Mungkin DUN Sulabayan tidak memerlukan taraf daerah penuh buat masa ini kerana masalah Infrastruktur yang kurang, tetapi apakah rancangan untuk ke arah pengwujudan Daerah Kecil seperti Pulau Banggi di Kudat telah diatur?

10. Perhubungan adalah perkara asas dan pokok bagi DUN Sulabayan. Jika ‘Jambatan Emas’ yangh dijanjikan BN pada pilihanraya lalu tidak menjadi realiti, setakat ini, apakah pelan alternatif untuk DUN Sulabayan? Apakah Herman bercadang untuk menggunakan Feri atau Helipad atau Lapangan Terbang Kecil atau Bayanan Lepa-Lepa?

11. Apakah sumber Ekonomi bagi DUN Sulabayan untuk jangka panjang? Mungkinkah Pelancongan atau Rumpairlaut atau Perikanan atau terus kekal sebagai ‘Border Town’ atau hanya menanam Ubi kayu?

Salam Hormat,

ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH GUPURANI

No comments:

Post a Comment