Wednesday 21 July 2010

BENARKAH GONSUBIN DAN HALIK LETAK JAWATAN?





Oleh: SUNARNO WIRO

SELEPAS PKR cabang Tenom dikatakan oleh banyak pihak sedang dalam gelombang kehangatan berkempen untuk merebut jawatan Ketua Cabang, timbul pula satu cerita yang membuatkan para ahli dan perwakilan PKR di sini dalam dilemma, kononnya Gonsubin dan Halik Zaman sudah meletakkan jawatan sekaligus bukan ahli PKR lagi.

Malah cerita tersebut turut disahkan oleh Penolong Setiausaha Perhubungan MPN PKR Negeri Sabah, Adris Taripin ketika dihubungi mantan Setiausaha Cabang PKR Tenom Majiadih O.T.Matalih (gambar) pada rabu, iaitu sejurus beliau mendapat maklumat itu daripada ahli PKR Kuala Tomani.

“Kita pada mulanya tidak pasti maklumat itu benar atau tidak tetapi selepas Adris Taripin dihubungi beliau mengesahkan maklumat itu adalah benar malah surat pelepasan mereka daripada pusat (KL) ada pada Peter Lonok dan beliau sendiri (Adris) di mana mereka akan menimbulkan perkara itu ketika pemilihan berlangsung,” tegas Majiadih.

Peter Lonok yang menyatakan persetujuannya menyertai kumpulan Ambrose Mail Mathew beberapa minggu lalu bagaimana pun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kepastian cerita tersebut kerana ramai ahli yang ingin tahu sekaligus menjadikan asas cerita itu sebagai bukti bahawa wujud ketidak telusan jenis pemimpin PKR seperti itu.

“Kita tidak kisah sangat cerita itu kerana sekarang ini pun tiada seorang pemimpin boleh menggelar diri mereka sebagai Ketua Cabang selepas ia dibubarkan di seluruh negara berkuatkuasa pada 6 Julai, tetapi persoalannya ialah benarkah Gonsubin sudah meletakkan keahliannya dalam PKR?,” tanya Majiadih.

Dalam pada itu, seorang penyelaras kumpulan AMM Mukim Tomani, Daniel Kalingang tidak terkejut dengan berita tersebut di mana beliau mendakwa bahawa sebelum ini pun ahli-ahli PKR di situ berniat sangat mahukan pemilihan untuk memilih pemimpin bahagian yang baru dan benar-benar boleh memimpin untuk melakukan pembaharuan berbanding sebelum ini hanya sekadar ibarat ‘tin kosong’ semata-mata.

“Kita jangan membuang masa mendengar cerita itu sebaliknya kita sudah tidak sabar melaksanakan Pelan Transformasi PKR Tenom supaya perjuangan kita benar benar bererti daripada asyik menyokong perjuangan yang sekadar berangan-angan dan syok sendiri tapi kampung tergadai,” jelas Daniel sambil disambut ketawa oleh rakan-rakannya di sebuah kedai kopi di sini.

Daniel seterusnya menyambung perkataannya dalam bahasa Murut, “Ai inah sumukung taka ra ikaa napandaian taka intaran ulun giayoh…kaa maan taka iyak ulun sandiri..ikaa onsoi hino kamu,” .

No comments:

Post a Comment