Thursday 22 July 2010

BN TIDAK PERNAH ABAI KEPENTINGAN RAKYAT



PERIKSA….Samsudin bersama ahli majlis MPS Sapari memeriksa projek pembaik pulih jambatan gantung Kg Segaliud

OLEH: SHAIMON S JUMADI

AHLI Dewan Undangan Negeri kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Hj Yahya berkata pemimpin kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan kepentingan rakyat dalam memberikan pelbagai kemudahan asas untuk dinikmati rakyat di satu-satu kawasan yang diwakilinya.

Namun demikian kata Samsudin segala permintaan rakyat tidak semuanya dapat ditunaikan dengan serta merta apapun ia melalui proses-proses mengikut saluran-saluran yang tertentu.

Samsudin berkata demikian kepada lebih 50 penduduk di majlis perjumpaan di kampung Segaliud kelmarin sejurus selepas memeriksa projek pembaik pulih jambatan gantung di kampung berkenaan.

Katanya jambatan gantung itu sebelum ini memang menjadi kontraversi di kalangan penduduk setempat kerana kerosakan teruk yang boleh menyumbang kecelakaan kepada penduduk-penduduk kampung berkenaan tetapi kini jambatan tersebut yang dibaik pulih melalui gotong-royong sudahpun siap sepenuhnya dan selamat untuk digunakan.

Walau bagaimanapun Samsudin mengucapkan terima kasih kepada penderma segala peralatan keperluan untuk kerja-kerja pelaksanaan pembaik pulih jambatan 100 kaki panjang dan 6 kaki lebar yang disumbangkan oleh Syarikat Cepat Wawasan dan kilang-kilang papan lainnya kerana begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh para penduduk kampung Segaliud.

Samsudin menambah jambatan gantung tersebut adalah merupakan titian laluan utama kepada 70 orang penduduk kampung yang menggunakannya untuk sampai ke satu-satu destinasi yang ditujui.

Sementara itu Ketua Kampung Segaliud, KK Noh Iman Abdullah, selaku bagi pihak penduduk-penduduk kampung Segaliud mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN dan juga Wakil Rakyat kawasan Sekong kerana telah mengambil berat segala permasalahan orang-orang kampung di situ dalam menyalurkan apa juga kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment