Saturday 31 July 2010

EMAIL MUTALIB M.D DICEROBOH



Oleh: HAFIZ JAMAIL

SETELAH Sabahkini.net menjadi mangsa ‘Hacking’ penggodam antarabangsa yang tidak bertanggung jawab menggodam setiap hari, kini email Editor Sabahkini.net pula diganggu dan diceroboh pihak tertentu yang memadam semua arkib email yang terdapat dalam mutalibmd@gmail.com.

“Saya tidak akan bertanggung jawab jika ada pihak menerima email daripada akaun tersebut mulai jam 8 malam tadi (31 Julai 2010) kerana pada saat itu semua email saya hilang dan kemungkinan ada pihak telah menggunakan email tersebut untuk menghantar email kepada pihak tertentu,” kata Mutalib ketika menghubungi editorial daripada Medan, Indonesia.

Email berkenaan masih boleh digunakan tetapi telah ditukar kata laluan yang lebih sukar dicapai penggodam. Bagaimanapun Mutalib mencadangkan agar para pembaca atau penulis yang ingin menyumbangkan karya agar menggunakan email sabahkini.net@gmail.com

Menurut Mutalib, Sabahkini.net dan beliau sering menjadi sasaran sejak kes Michael Chia didedahkan di Sabahkini.net pada Februari 2009 dan turut menggodam Sabahkini.net sehingga banyak data rosak dan operasi Sabahkini hampir lumpuh.

“Sistem buzzer dan amaran yang dilengkapkan pada server Sabahkini.net bukan mudah untuk digodam oleh penggodam tempatan dan memerlukan jutaan ringgit untuk memusnah sistem Sabahkini.net. Ianya mungkin dibiayai satu kumpulan penjenayah yang didalangi VIP tempatan,” ujar Mutalib M.D yang menggesyaki ianya dilakukan oleh Kumpulan Michael Chia Tien Foh dan Gundiknya, Yap Siaw Lin @ Kiki Yap serta Kwan Famili.

Bagaimanapun tegas Mutalib, serangan dan gangguan berterusan ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjadi salah satu Blogger Terkemuka Sabah walaupun terkadang kala Sabahkini.net terpaksa beroperasi daripada http://sabahkinimirror.blogspot.com

No comments:

Post a Comment