Saturday 17 July 2010

EON KENANG JASA KHIDMAT 20 TAHUN





SYABAS.....Nik Hamdan menyampaikan cenderahati kepada Jifri sebagai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang setelah berkhidmat 20 tahun dengan EON

Oleh : SHAIMON S JUMADI

MANA-mana pegawai dan kakitangan tidak kira di peringkat mana sekalipun yang telah berkhidmat dengan cemerlang sekurang-kurangya dalam 20 tahun, EON akan memberi anugerah perkhidmatan cemerlang sebagai mengenang jasa-jasa mereka.

“Oleh itu saya harap semua pegawai dan kakitangan haruslah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas dan komited agar matlamat syarikat dapat tercapai terutama sekali pendekatan dengan pelanggan,” kata Dato’Nik Hamdan Nik Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edaran Otomobil Berhad (EON)

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun EON kepada dua orang pegawai EON di Sandakan, kelmarin.

Nik Hamdan berkata, anugerah tersebut adalah sebagai membalas jasa bakti mereka kerana berkhidmat selama 20 tahun dengan EON Sandakan dan cawangan Lahad Datu.

Katanya, Endok Selo Hj Timak yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir EON Cawangan Lahad Datu mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam menjalankan tugas seharian.

Sementara itu, Jifri Amat yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan di EON Sandakan yang mula bertugas dengan EON sejak 1990 lagi mempunyai rekod yang baik.
Majlis tersebut yang dilangsungkan di Sabah Hotel telah dihadiri lebih 60 orang kakitangan EON yang dimeriahkan oleh majlis jamuan makan malam dan dihiburkan oleh persembahan nyanyian karaoke.

No comments:

Post a Comment