Saturday 17 July 2010

GUNSIBIN AKAN PERTAHANKAN KETUA PKR TENOM



Oleh : KREW SABAHKINI


PENGERUSI Majlis Pimpinan PKR Negeri Ahmad Tamrin dan rombongan dari Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR Pusat hari ini (Sabtu) akan melawat Tenom untuk ceramah dan berdialog dengan ahli-ahli yang baru menyertai PKR Cabang Tenom; serta perjumpaan itu juga akan dihadiri oleh pemerhati-pemerhati politik 'atas pagar' dan ahli-ahli parti lawan.


Demikian diumumkan oleh Datuk Halik Zaman Ketua Info & Komunikasi PKR Negeri Sabah dalam satu kenyataan media kepada Krew Sabahkini Net di Tenom pagi ini.


Krew Sabahkini.Net difahamkan bahawa rombongan tersebut akan mengadakan ceramah khas di beberapa buah kampung di Pekan Kecil Melalap antaranya di kampung Sumbiling, kampung Tepoh, kampung Kanar dalam kawasan DUN Melalap Tenom.


Menurut Halik Zaman, "Kita mengadakan ceramah tidak menumpukan di kawasan ahli-ahli PKR sebaliknya kita mahu memberi penerangan halatuju PKR di kawasan 'panas' di kubu parti lawan dan pengundi-pengundi atas pagar."

"Yang sudah menjadi ahli-ahli PKR, mereka sudah tahu halatuju PKR, kerana itu mereka menerima PKR untuk menjadi ahlinya, tidak perlu diulang-ulang. Yang pasti kita tidak mahu membohongi diri sendiri menghimpun ramai ahli ahli PKR yang sedia ada, apa yang perlu dan dialu-alukan penyertaan yang baru penambahan ahli-ahli PKR di daerah Tenom," terang Halik.


Halik menjelaskan, perjumpaan yang bakal diadakan petang ini di kampung Sumbiling DUN Melalap lebih bermotif menggempur kubu-kubu kuat parti lawan, walaupun sedikit bilangan yang akan hadir; tapi ia merupakan satu usaha penambahan keahlian PKR, ini bererti satu kejayaan bagi PKR Cabang Tenom, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.


Ketika ditanya isu pemilihan Ketua Cabang PKR Tenom pada September akan dating, Halik enggan mengulas tapi secara bergurau menyatakan, "Saya takut ada dua gergasi yang terhebat pengaruhnya".


Krew Sabahkini sempat bertanya kepada Ketua Cabang PKR Tenom Gunsibin Yosundang yang kebetulan bersama rombongan, beliau berkata bahawa beliau tetap mempertahankan jawatannya, katanya ia satu pertandingan persahabatan, kalah atau menang sudah adat pertandingan.


“Saya tetap dengan Reformasi dan bukannya Tranformasi ciptaan Najib. Tranformasi boleh diertikan manusia boleh menjadi robot,” ujar Ketua Cabang PKR Tenom, Gonsibin Yosundang yang menganggap pencabarnya sebagai rakan seperjuangan demi untuk memantapkan PKR di pedalaman sekalipun dicabar hebat pada pusingan awal pra-pencalonan ini.


Gunsibin menjelaskan, "Saya tetap dengan reformasi yang antaranya boleh diertikan merubah nasib rakyat dari yang 'miskin kepada rakyat yang berada'. Saya tidak mahu menggunakan tranformasi yang boleh juga diertikan dari 'seorang manusia boleh menjadi robot'. Itu ciptaan Najib".


Kata Gunsibin, "Kita dalam satu parti, ibarat perahu berlalu kiambang akan bertaut juga. Parti kita PKR mengamalkan dasar demokrasi, siapa-siapa pun boleh bertanding asalkan mereka itu ahli parti dan pertandingan sihat.”

No comments:

Post a Comment