Saturday 31 July 2010

HARI PAHLAWAN DISAMBUT SEDERHANA




HADIR….Kelihatan Liew, bersama Raymond Tan dan James Wong sedang menghayati sajak yang dideklamasikan ABM Fajeer.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

MAJLIS Sambutan Memperingati Hari Pahlawan Peringkat Daerah Sandakan Tahun 2010 yang diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan disambut secara sedarhana sahaja.
Lebih 200 pasukan berunifom daripada pelbagai pertubuhan termasuk Tentera, Polis dan Rela telah turut serta menghadiri majlis tersebut.

Sejurus selepas mereka menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku kemudian disusuli oleh upacara memperingati Hari Pahlawan dengan tiupan ‘Last Post’ dan bacaan sajak yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Hj ABM Fajeer sambil diiringi oleh tiupan bungle.

Istiadat meletakan karangan buka di Tugu Peringatan, Dataran MPS, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana yang juga selaku Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong telah mendahuli upacara meletakan karangan bunga di tugu peringatan tersebut.

Selanjutnya diikuti oleh dif-dif jemputan kehormat yang membabitkan ADUN Elopura Au Kam Wah; ADUN Tg Papat Datuk Raymond Tan; Ketua Polis Daerah Sandakan, Pegawai Memerintah KD Sri TLDM, Pegawai Memerintah 22 RMD, Pegawai Memerintah Batalion 15 PGA Sandakan, Pegawai Memerintah Polis Marin Sandakan, Presiden MPS James Wong dan juga pengerusi-pengerusi persatuan bekas tentera, polis dan ketua-ketua badan NGO.

No comments:

Post a Comment