Saturday 24 July 2010

JALAN GEREJA, BATU 9 SIAP SEPENUHNYA



PUAS.... Semua pihak berpuas hati dengan penyiapan jalan berkenaan. Dari kiri ke kanan: Dayang, Dickson, Lau Joo Ting, William Ho, Chang Shak Hung dan Yusmarizana.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET


DARIPADA sebatang jalan berbatu kelikir dan hanya dapat dilalui kenderaan kecil, kini Jalan Gereja yang terletak di Batu 9, Sandakan merupakan sebatang jalan yang dapat dilalui semua jenis kenderaan setelah dinaiktaraf kepada jalan simen.

Satu tinjauan telah dilakukan oleh pihak Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) yang telah diwakili oleh Pengarah MIDA, William Ho dan wakil dari Coastal Contracts Bhd, Lau Joo Ting (Jurutera) dan Bryan Chang Shak Hung (Personal Assistant cum Safety Officer).

Pada februari 2009, satu permohonan telah dibuat oleh pihak Coastal Contracts Bhd untuk menaiktaraf ke jalan bertar atau jalan konkrit memandangkan jalan berkenaan dikongsi untuk digunakan dengan beberapa buah kilang pembuatan serta kediaman yang terdapat di sepanjang jalan berkenaan.

Permohonan tersebut telah diluluskan di bawah RMK Ke-9 dan kerja-kerja permulaan pembinaan telahpun mula dilaksanakan pada bulan Oktober 2009 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Julai 2010.

Pembinaan tersebut telahpun siap sepenuhnya mengikut jadual dengan sepanjang hampir 2 kilometer dan ketebalan simen 10 inci. Pihak Coastal Contracts Bhd amat berpuas-hati dengan pencapaian serta komitmen yang ditunjukkan oleh pihak agensi kerajaan dalam merealisasikan hasrat pengusaha tempatan untuk memajukan bidang perniagaan ke taraf yang lebih tinggi dan memberangsangkan.

Salah satu syarikat pembinaan yang telah memanfaatkan jalan tersebut adalah Coastal Contracts Bhd yang menjalankan urusniaga pembinaan dan pembaikan kapal yang telah disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia.

Turut berada di tempat berkenaan adalah Penolong Pengarah MIDA, Dayang Noralizah dan Yusmarizana Mohd Yusof dan Jurutera Kanan untuk perunding projek berkenaan, Dickson.

Melalui pertemuan ini juga, pihak Coastal Contracts Bhd juga dimaklumkan bahawa sebatang jalan lagi, Jalan Datuk Tay, telah siap sepenuhnya disimen dan pemasangan tiang lampu sedang dijalankan.

Oleh yang demikian, pihak Coastal Contracts Bhd dan pemilik kilang yang lain serta penghuni rumah di kawasan tersebut amat berterima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan, MIDA, syarikat perunding untuk projek berkenaan, Perunding Pertama Konsultan dan pihak kontraktor yang sanggup bertungkus-lumus untuk menyiapkan projek berkenaan demi manfaat pihak semua.

No comments:

Post a Comment