Friday 23 July 2010

PENDATANG ISTIMEWA DARIPADA WARGA TEMPATAN?



Oleh : KREW SABAHKINI.NET

ISU kebanjiran pendatang ke Sabah mungkin bukan sekadar diperdebatkan atas sebab wujudnya sindiket pengeluaran MyKad dan IC palsu yang berleluasa malah yang bakal menjadi ‘bom jangka’ ialah golongan ini bakal menguasai sektor tertentu di Sabah umpamanya pengangkutan awam di bandaraya.

Ini tidak mustahil berlaku dan sebenarnya sudah terjadi. Sudah ada tanda-tanda golongan pendatang ini mendapat beberapa keistimewaan berbanding rakyat tempatan sama ada ia disedari atau sebaliknya.

Kecuaian di pihak kita terutama oleh pegawai atasan di jabatan dan agensi kerajaan tertentu turut menyumbang kepada gejala ini. Ditambah lagi dengan sikap keberanian dan kelicikan mereka mengatasi masyarakat tempatan menggaburi mata pihak berkenaan.

Keistimewaan melampau yang diberikan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kepada syarikat Mustika Enterprise Sdn. Bhd.

Untuk menguasai sistem pengangkutan awam di bandaraya Kota Kinabalu adalah asas terbaik yang boleh dijadikan contoh. Syarikat itu yang pegangan sahamnya dikuasai seorang wanita yang dikatakan Anak Pendatang Haram kerana rekod yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan ia tidak mempunyai maklumat kedua orang ibu bapanya.

Jika maklumat JPN itu sahih, bagaimana boleh insan yang identiti ibu bapanya yang tidak diketahui latar belakangnya terlepas pandang oleh pihak kerajaan sehingga dia boleh mendapat keistimewaan oleh LPKP menguasai pengangkutan di dalam bandar.

Syarikat itu dikatakan cuba menyakinkan pihak LPKP untuk menceroboh beberapa lagi kawasan di luar Kota Kinabalu. Jadi kita mohon kepada Pengarah LPKP Sabah, Yozimah Jasni@ Ziemah supaya melakukan sesuatu sambil memikirkan kedudukan rakyat tempatan supaya mereka tidak akan kehilangan hak dan kepentingan di bumi sendiri.

Terdapat desakan agar aduan polis ke atas wanita yang bernama Jaharah Bte Patimbangi @ Susanty itu dilakukan oleh Hasnar Ebrahim yang mendedahkan perkara yang mencetuskan kontroversi itu terutama di kalangan warga tempatan yang seolah-olah menerima kejutan dengan pembongkaran identiti tersebut.

Belum pun reda isu keistimewaan yang diperolehi oleh anak PTI itu, tiba-tiba muncul pula lagi sebuah persatuan teksi yang hampir 100 peratus ahlinya terdiri daripada orang Bugis bersuara lantang menuntut pelbagai perkara dari DBKK untuk ahli-ahli mereka di kawasan bandaraya.

Persatuan itu, yang dikenali dengan nama Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi Rumpun Melayu diketuai oleh Haji Ambotuo Mapiaso yang digelar ‘Raja Bugis’ di kalangan suku kaumnya di Sabah.

Dengan mempergunakan nama rumpun Melayu maka persatuan itu dengan lantang membuat bermacam-macam tuntutan dan permintaan kepada Datuk Mayor supaya ahli-ahlinya diberi kemudahan yang bagus kalau boleh mengatasi teksi-teksi lain.

Untuk membuktikan kekuatan dan keberanian mereka, ahli-ahli persatuan itu telah menggunakan kawasan lapang di dalam terminal bas di Wawasan Plaza sebagai stesen mereka walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Adalah difahamkan Mayor DBKK, Datuk Iliyas Ibrahim sudah membuat arahan kepada Pengarah Perancang Bandar DBKK, Alijus Sipil, supaya memberi perhatian terhadap permintaan orang-orang Bugis yang berselindung di sebalik Ketuanan Melayu, yang akhirnya akan mengkuburkan hak dan kepentingan masyarakat Bumiputera di Sabah.

Bayangkanlah jika pegawai-pegawai kerajaan kita sudah digelapkan mata dan penguasaan syarikat City Bus di Pantai Barat menjadi kenyataan selepas pelbagai usaha mempromosikan perkhidmatan dilakukan pemiliknya.

Adalah tidak mustahil apabila pelaburan syarikat melambung tinggi melangit dan pada ketika itu ia akan menjual kepentingan syarikat kepada pelabur luar, selepas itu meninggalkan negeri kerana mereka ibarat mahluk asing yang boleh menjelajah ke mana planet sahaja yang mereka suka.

Maka pada saat itu industri pengangkutan awam di Sabah bukan sahaja tergadai kepada orang lain, generasi rakyat tempatan akan kehilangan segala-galanya. Mereka akan menjadi penumpang di bumi kelahiran sendiri.

Adakah sesiapa di antara kita yang terfikir perkara ini boleh berlaku? Baik para pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli perniagaan, pengusaha dan rakyat biasa harus menggunakan minda dan mempunyai kesedaran untuk melihat jauh ke hadapan supaya kesilapan kita tidak memusnahkan diri kita sendiri.

Jangan kita menunggu peristiwa seperti apa yang berlaku di Madura sebelum ini tercetus di negeri kita ini, baru kita terkial-kial mencari penyelesaiannya. Insiden berbunuhan seperti itu tidak mustahil berlaku ketika mana warga tempatan sudah kehilangan segala-galanya dan terpaksa mengemis kepada golongan pendatang. Ini satu peringatan kepada kita semua kerana unsur-unsur penguasan golongan berkenaan terhadap rakyat tempatan sudah pun menghampiri kita.

Justeru kepada pemimpin yang menjadi sandaran dan harapan, pegawai-pegawai kerajaan yang gelap mata dibuai mimpi, marilah kita membuka lembaran baru, mentransformasi diri bukan sekadar turun padang tetapi melihat dengan mata-hati siapa sebenarnya yang wajar diberi keutamaan dan keistimewaan? Tepuk dada, guna akal dan hati, bukan tanya selera.

No comments:

Post a Comment