Tuesday 27 July 2010

PENGARAH KWANTAS SUKA MAIN BELAKANG?



PENIPU....Miss Sung, Legal Adviser kepada penipu belaan PDRM?

Oleh: ZEILAH A

GARA-GARA takutkan seorang penyampai saman menyerahkan dokumen saman pemula difailkan seorang penduduk kampung terhadap dua orang lelaki berbangsa Cina yang juga merupakan Pengarah Kwantas Corporation Berhad telah melarikan diri melalui ‘pintu belakang’ pejabat berdaftar di Blok K, Times Square, Kota Kinabalu.

Jamli, diamanahkan oleh Haji Bahri B Berahim, telah pergi ke Pejabat Kwantas Corporation Berhad untuk menyampaikan kepada diri Defendan iaitu Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung, satu Saman Pemula yang telah dikeluarkan dari Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Bagaimanapun setiba di Pejabat Kwantas Corporation Sdn Bhd seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Legal Adviser ‘ kepada Kwan Ngen Wah telah menyuruhnya menunggu kerana katanya Kwan Ngen Wah ada mesyuarat.

Terdahulu daripada itu, sebaik tiba di pejabat tersebut, Jamli bersama seorang teman yang kenal dengan Kwan Ngen Wah ternampak penama Kwan Ngen Wah sedang duduk berbual dengan seorang lelaki Cina dan bukan bermesyuarat.

Setelah menunggu lebih kurang satu jam setengah baharulah disedari bahawa wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Legal Adviser’ tadi telah menyeludup keluar Kwan Ngen Wah daripada ‘Pintu Belakang’ pejabat tersebut.

Wanita berkenaan, yang kemudian diberitahu oleh kerani Pejabat Kwantas Corporation Berhad bernama Miss Sung, dipercayai telah menasihatkan Kwan Ngen Wah supaya mengelakkan diri daripada disampaikan saman pemula tersebut kepada dirinya.

Saman Pemula yang difailkan oleh Haji Bahri B Berahim, seorang penduduk tempatan berbangsa ‘Orang Sungai’ menuntut pengisytiharan bahawa penama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung bukan Anak Negeri berasal daripada negeri Sabah yang melayakkan mereka memiliki dan menggunapakai Sijil Anak Negeri .

Merasa dirinya tertipu dengan tindakan Pengarah Kwantas Corporation Berhad itu, penyampai saman yang diamanahkan, Jamli telah melaporkan kejadian Kwan Ngen Wah lari ikut pintu belakang kepada Polis untuk tujuan rekod.

No comments:

Post a Comment