Monday 19 July 2010

TRANSFORMASI SEMAKIN DEKATKAN RAKYAT




Oleh: SUNARNO WIRO

HALATUJU parti seperti yang terkandung dalam Pelan Transformasi PKR Tenom yang merupakan satu mekanisma untuk memperkasa parti dan seterusnya meraih sokongan akar umbi, nampaknya semakin mendapat penerimaan di kawasan akar umbi, malah ada yang sudah mula memahami perjuangan PKR sebenar-benarnya.

Malahan masyarakat akar umbi secara terang terangan mengakui bahawa mereka tidak memahami intipati sebenar perjuangan PKR sebelum ini yang membuatkan mereka ragu-ragu untuk menyokongnya pada PRU12 meskipun mereka sudah menjadi ahli PKR.

Ini berlaku adalah kerana tiada seorang pun pemimpin cabang datang menjengok untuk memberi kefahaman kepada mereka teras perjuangan PKR sebelum ini. Apabila sudah begitu jadinya, masyarakat pengundi khususnya ahli PKR menyangka bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang boleh membela masa depan mereka kerana PKR sudah tidak aktif lagi.

“Itulah masalahnya yang kami hadapi di mana sebelum dan selepas PRU12, tiada seorang pun pemimpin Cabang PKR datang melawat kami. Jadi kami sangkakan PKR ini betullah fokus perjuangannya untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim sahaja seperti yang digembar-gemburkan UMNO/BN sekarang ini,” kata Timor@ Simon Bani ketika rombongan bakal calon cabang PKR Tenom, Ambrose Mail Mathew bertemu ahli di Kg Saga Ulu kelmarin.

“Kami berterima kasih di atas kedatangan bakal calon Ketua Cabang PKR Tenom Ambrose Mail Mathew untuk menjelaskan kepada kami teras perjuangan PKR dan juga kertas Pelan Transformasi hala tuju perjuangan beliau, kami faham sudah sekarang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Haji Razali Danis yang juga mengistiharkan untuk menawarkan diri bertanding Naib Ketua Cabang berterus terang menyokong Ambrose Mail Mathew bertanding jawatan Ketua Cabang PKR di sini pada pemilihan parti itu September ini, setelah mengambilkira pengalaman dan kewibawaannya memimpin bahagian.

“Kita mahu melahirkan seorang peneraju bahagian yang berpengalaman, berwawasan dan berketerampilan dalam membawa PKR Tenom terus maju dan mampu memenangi PRU13 akan datang ini. Janganlah kita tersalah pilih pula kerana bukan masanya kita membuat pilihan secara rambang, sebab jatuh dan bangunnya PKR tersandar di bahu Ketua cabang dan saf kepimpinannya. Kalau tidak, UMNO/BN tetap ketawakan kita,” tegas Haji Razali yang bekas Guru Besar yang telah pun bersara dua tahun lalu.

Selain itu, beberapa rumah yang telah dilawati di sekitar kawasan di situ turut memberikan sokongan kepada Ambrose Mail Mathew pada pemilihan September ini malah mereka bersedia untuk menghadiri dan mengundi beliau dan barisan AJKnya ketika pemilihan itu berlangsung.

“Kami tidak penting wang dan ringgit jika pun disogok kelak, tetapi apa yang lebih penting ialah masa depan PKR mampu memenangi PRU13 jika kami memilih Ambrose Mail dan saf kepimpinan bahagiannya. Kalau seseorang pemimpin itu mahu jawatan Ketua Cabang sebagai kemegahannya (glamour), tak payahlah bertanding membuang masa sahaja,” tegas salah seorang ahli yang hanya mahu dikenali Sapiri.

No comments:

Post a Comment