Saturday 24 July 2010

‘ULAT BUKU’ TIDAK SEMESTINYA CEMERLANG





TAHNIAH…Kamarlin ketika menyampaikan anugerah pelajar cemerlang kepada salah seorang pelajar di majlis tersebut.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

GOLONGAN pelajar bukan hanya menjadi ulat buku untuk membolehkan mereka menjadi pelajar cemerlang dalam akademik sebaliknya banyak aspek lain yang perlu menjadi ukuran, kata Wakil Rakyat Kawasan Lumadan, Kamarlin Haji Ombi.

Beliau berkata, bagi melahirkan pelajar yang cemerlang ianya perlu dilihat secara lebih meluas dan seimbang termasuklah di segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Menurutnya, pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi, berketerampilan, mempunyai semangat patriotik, tidak bersikap individualistik dan mampu memainkan peranan dalam masyarakat merupakan ciri-ciri utama yang mendorong seseorang pelajar mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

“Elemen ini perlu ada pada setiap pelajar dan perlu mendapat perhatian serta dorongan dari guru-guru dan ibubapa agar hasrat untuk melahirkan pelajar cemerlang minda dan sikapnya dapat direalisasikan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, SMK Gadong dekat sini.

Kamarlin yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Sipitang menambah usaha untuk melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang selaras dengan dua daripada enam teras strategik PIPP iaitu membina Negara bangsa dan membangunkan modal Insan.

“PIPP merupakan wadah terbaik sebagai anjakan paradigm sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih cemerlang pada peringkat tempatan dan global sekali gus menjadi pemangkin kepada wawasan kerajaan untuk mencapai satutus Negara maju,” katanya.

Kamarlin berkata, abad ke 21 menjanjikan pelbagai kemungkinan dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan bagi menikmati kejayaan beterusan dalam persekitaran globalisasi yang serba mencabar ini; kerana itu menurut beliau kerajaan berusaha untuk menyedia dan melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi melalui pelbagai strategik dan peruntukan yang tinggi untuk memperkasakan mutu pendidikan Negara.

“Kemudahan serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam memperkasakan mutu pendidikan di negara ini merupakan antara yang terbaik di dunia, justeru semua pihak pelajar dan ibubapa perlu memanafaatkan segala kemudahan, peluang dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini bagi mencapai tahap kecemerlangan pendidikan yang diharap-harapkan,” tambah Kamarlin.

No comments:

Post a Comment