Thursday 5 August 2010

130 ALK IKUTI KURSUS WAJIB DI SANDAKAN



KHUSYUK….Sebahagian peserta begitu kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh John.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEMUA ahli Lembaga Koperasi yang memegang sebarang jawatan diwajibkan mengikuti kursus Pengurusan dan Pentadbiran bagi menimba pengalaman dan kebolehan mereka mentadbir urus organisasi.

“Memang tidak dinafikan ramai di kalangan mereka yang memegang beberapa jawatan di dalam satu-satu badan koperasi tetapi tidak begitu berkesan menjalankan urusan pentadbiran sehingga menyebabkan terdapat beberapa badan koperasi gulung tikar kerana kesan daripada penyelewengan seperti pecah amanah dan lain-lain lagi,” jelas Fasilitator Maktab Kerjasama Malaysia Cawangan Sandakan, Christopher John Baptis.

Beliau menjelaskan demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk “Tugas dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK) pada Kursus Pengurusan dan Pentadbiran di sini kelmarin.

Objektif kursus ini, kata John, menjurus kepada pendedahan ciri-ciri pentadbiran koperasi yang baik di samping mereka memperoleh kemahiran untuk mentadbir dan mengurus koperasi mengikut kehendak undang-undang dan falsafah korporasi serta amalan yang baik.

Kursus yang di langsungkan selama dua hari itu bertempat di Ballroom Hotel, Hsiang Garden dekat sini kelmarin telah disertai seramai 130 orang, yang membabitkan para peniaga, usahawan dan anggota-anggota pelbagai badan koperasi yang terdiri daripada masyarakat bumiputera dan Cina dan India yang datang dari beberapa kawasan daerah ini.

No comments:

Post a Comment