Monday 9 August 2010

AMK LAPOR POLIS TERHADAP DPP DAN SAIFUL


Oleh: HAFIZ JAMAIL

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Pendawaraya Farah Azalina dan tunangnya, Saiful Bukhari di Balai Polis Sandakan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ketua Penerangannya, Zainuddin Hassan berkata, AMK PKR Sabah membuat laporan polis berkenaan kerana ianya penting dari segi Undang-Undang Jenayah dan mengelak Peguam Negara memanipulasi perbicaraan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan.

Dalam laporan polisnya, SDK/RPT/11363/10 yang dibuat pada jam 2.40 petang, 8 Ogos 2010, Zainuddin menyatakan bahawa;

“Pada lebih kurang jam 10.00 pagi, 8/8/2010, saya terbaca satu afidavit yang diikrar oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, sesalinannya dilampirkan di mana kandungan Afidavid tersebut menyatakan berlakunya jenayah dilakukan bersama oleh Pendakwaraya, Farah Azlina Binti Latif dengan kekasihnya, Saiful Bukhari Bin Azlan. Penama, Saiful Bukhari Azlan adalah saksi dalam perbicaraan PP lawan Anwar Ibrahim yang masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Saya buat aduan ini supaya PDRM tangkap dan dakwa DPP Farah Azlina Binti Latif bersama Saiful Bukhari Bin Azlan. Saya syaki mereka berdua berkonspirasi dan atau bersubahat untuk melakukan jenayah di bawah seksyen 8(1) dan Seksyen 8 (2) Akta Rahsia rasmi 1972.”

Dalam keterangannya kepada Sabahkini.net, Zainuddin menyatakan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail baru-baru ini telah memutuskan Farah Azlina digugurkan daripada pasukan pendakwaan agar 'hubungan romantisnya' tidak akan menjejaskan kes itu. Faraf Azlina juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan Pejabat Peguam Negara.

Namun tegas Zainuddin, beliau hairan kerana beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan daripada Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat.

“Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi dibawa kemudiannya selepas seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan. Apa ertinya semua ini? Bukankah ianya satu lagi Konspirasi?,” tanya Zainuddin sambil mendesak polis menjalankan siasatan rapi berhubung laporan polis yang dibuatnya dengan mengambilkira affidavit yang diikrarkan Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment