Wednesday 1 September 2010

BENARKAH ADMOND LOOH LETAK JAWATAN?



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

KETUA Pegawai Eksekutif Java Incorporated, Dato' Admond Looh Chai Boon, yang merupakan orang ke 4 yang diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir Jun 2010 di Kota Kinabalu telah meletakkan jawatan pada 2 Julai 2010 sebagaimana pengesahan yang dikeluarkan Bursa Malaysia.

Admond Looh dipercayai telah membayar sejumlah USD300million wang cucian kepada Richard Barnes dan di Singapura sebelum wang cucian berkenaan di deposit ke akaun Hafiz Musa di Credit Suisse, Singapura dan Richard Barnes di UBS AG, Hong Kong telah diberkas SPRM ekoran pendedahan yang dibuat oleh ‘Mafia Hong Kong’ Ngui Ing Chuan.

SPRM telah memborong hampir semua jutawan balak Sabah hasil pembelotan Ngui Ing Chuan untuk diambil kenyataan mereka. Serbuan pertama SPRM memberkas Freddy Lim, Andrew Lim, Admond Looh, CL Tan dan Simon Ling; manakala serbuan kedua di pagi yang mengejutkan, SPRM memberkas Datuk Nasir Yeo dan anaknya Azlan Yeo, Richard Barnes, Lo Man Heng, Chong Siak Nyen, ‘The Untouchable of the Untouchable’ Michael Chia Tien Foh, Yap Loo Mien, Wong Siau Yee.

Serbuan ketiga merupakan kejayaan agak besar bagi SPRM berjaya memburu dan memberkas Yap Siaw Lin @ Kiki ‘Chicken’ Yap, Wong Sin Onn (Pengurus Ngui Ing Chuan di Sabah), John Nip proksi terpenting Ketua Menteri Sabah, Mazlan Zakaria.

Mengikut maklumat tidak rasmi SPRM mengesahkan bahawa semua saksi yang diberkas dan turut menjadi tertuduh kerana terpaksa diikat jamin tunai sejumlah RM50,000 setiap orang, mengakui bahawa kesemua mereka menerima wang di Singapura dan Hong Kong bagi pihak Ketua Menteri Sabah.

Turut didedahkan kepada SPRM ialah pembayaran USD100 juta oleh Admond Looh kepada Nasir Yeo, pemegang amanah Musa Aman bagi membolehkan Admond Looh melalui Innokinta Sdn Bhd mendapat konsesi YK1/01, YK1/02, YK1/03, YK1/04, YK1/05, YK1/06, YK1/07, YK1/08, YK2/07(1) dan YK2/07(2) di Keningau telah memjadi Admond Looh ‘Don Balak’ di Keningau dan seterusnya menguasai Java Incorporated berhad dan Kilang Papan Lapis di Keningau.

Semua konsesi pembalakan di Keningau telah disuntik ke dalam urusniaga Java Incorporated Bhd dan boleh disemakan di laman web Bursa Malaysia melalui http://www.klse.com.my/website/bm/listed_companies/company_announcements/announcements/archives.jsp.

Sabahkini.net mengesan tindakan liar Admond Looh yang memasukkan sejumlah besar wang pendapatan ‘Public Income’ dari Java Incorporated yang telah ‘dicuci’ oleh Michael Chia dan mengikut peraturan, Admond telah melakukan jenayah Pecah Amanah (CBT) kerana perbuatannya disifatkan sebagai ‘Cheating of Public Money’.

Selepas Keningau, Tawau menjadi daerah sasaran kedua Admond Looh. Konsesi YT305/1, YT305/2, YT3/04 seluas 15,000 hektar dianugerahkan kepada Hafiz Musa oleh Musa Aman (Bapa kepada Anak).

Admond Looh dipercayai turut mendedahkan kepada SPRM mengenai pemberian konsesi YT305/1, YT305/2 dan YT3/04 untuk mendapatkan wang rasuah sejumlah USD100juta kepada Hafiz Musa yang dicuci oleh Admond Looh dan kemudian dideposit ke akaun Hafiz di Credit Suisse, Singapura.

Konsesi YT3/05/1, YT3/05/2 dan YT3/04 seterusnya dijual kepada Simon Ling Ding Ding seorang pembalak dari Sarawak. Simon Ling kemudiannya telah bertindak membotakkan ketiga tiga Konsesi YT3/05/1, YT3/05/2 dan YT3/04 dengan membalak sehingga di bawah garis pusat 25 sentimeter walaupun lesen membalak yang dibenarkan bagi kayu bergaris pusat 60 sentimeter ke atas.

Adalah dipercayai kesemua kawasan tanah tinggi melebihi 25 darjah, reparian reserve dan spesis larangan telah dibalak, dibotak dan dicuri oleh Simon Ling. Kedua-dua ‘Alien’ dari Sarawak (Simon Ling) dan Semenanjung (Admond) telah menculik semua harta balak milik rakyat Sabah.

Koleksi konsesi terbaru Admond Looh adalah YT3/08, YT4/08 yang dikeluarkan dari kawasan sensitif Maliau Basin Buffer 1 yang merupakan kawasan larangan pembalakan yang telah diluluskan oleh Kabinet Negeri Sabah. Adalah dipercayai, sebagai imbalan, Admond Looh telah membayar USD100juta lagi kepada Hafiz Musa di Singapura.

Selepas pembayaran USD100 juta kepada Hafiz Musa, Musa Aman juga telah mengarahkan Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan dan Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi supaya Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Alam Sekitar mencari jalan dan tidak membantah kawasan pembalakan di Maliau Basin Buffer 1.

Walaupun Admond sudah meletakkan jawatan, namun dipercayai beliau masih memainkan peranan di belakang tabir kerana adik iparnya, Sy Choon Yen, yang dilantik pada 1 Mac 2005 masih menjadi Pengarah dan pemegang saham utama Java Incorporated.

Namun Admond masih mempunyai kepentingan 1,400,000 saham Java Berhad yang dipegang oleh nomineenya, TASec Nominees (Tempatan) Sdn.Bhd iaitu TA First Credit Sdn. Bhd.

Manakala isterinya, turut memegang 28,500 saham di dalam Java Berhad di bawah seksyen 134 (12) (c) Akta Syarikat 1965.

No comments:

Post a Comment