Saturday 14 August 2010

DESPERADO DI DALAM UMNO SEMAKIN KECEWA?


TUTUP....Mungkinkah kerana wang, Nasir lupa daratan dan sanggup membiarkan kembar siamnya, Chua menutup Jeti Kerajaan di hadapan Seafest Hotel. Benar kata seorang ahli forum, "YB ini berbangsa Bajau tetapi berjiwa Cina."

Oleh: IBNU HAMZAH

MEMBACA tulisan Pemerhati Politik Semporna yang mendedahkan perangai buruk pemimpin UMNO dan segelintir pegawai kerajaan sehingga manusia bernama Datuk Chua berani bertindak dengan angkuh menutup satu jeti kerajaan bagi keperluan penduduk Pulau Bum-Bum, mengingatkan saya kepada sejarah orang kulit putih di Zimbabwe.

Walaupun jumlah mereka tidakpun sampai 2%, tetapi memiliki lebih 70% tanah di Zimbabwe. Saya menyarankan kepada taukeh-taukeh Cina yang tamak haloba, yang mengaut kekayaan Sabah dengan cara tipu dan melalui jalan culas secara memalsukan sejarah susurgalur keluarga mereka bagi mendapatkan status Anak Negeri supaya belajar dari sejarah hitam yang menimpa masyarakat kulit putih di negara yang penduduk asalnya berkulit hitam!

Saya ulangi bahawa saranan saya ini ditujukan hanya kepada taukeh-taukeh Cina yang tamak haloba, yang sanggup menipu untuk memperolehi kekayaan Negeri Sabah sehingga menghalau masyarakat pribumi dari tanah air milik mereka.

Kepada mereka yang bergelar taukeh, jutawan, konglomerat, yang memiliki kekayaan Negeri Sabah melalui cara yang beretika dan bermoral, maka silakan untuk terus meraihnya. Tetapi agak malang, jumlah mereka yang dikategorikan dalam golongan ini boleh dibilang dengan jari.

Apabila tahap kesabaran penduduk pribumi mencapai titik penghujung, maka ketika itu kekayaan yang dimiliki oleh taukeh-taukeh Cina melalui jalan tipu dan culas, dibimbangi tidak lagi boleh menjamin kebahagiaan hidup mereka walaupun harta yang dimiliki melimpah ruah.

Saya kira banyak boleh dipelajari dari lipatan sejarah oleh mereka yang sering menghulur 'rasuah' untuk mendapatkan habuan, sama ada dari tokoh politik mahupun dari kalangan eksekutif, yakni pelaksana dasar kerajaan.

Pelajari sejarah yang menimpa golongan pendatang yang mendominasi sektor ekonomi di Solomon Island. Sejarah hitam itu berlaku dua tahun lepas. Sejarah yang sama juga berlaku di beberapa negara di blok Afrika.

Masalah pemilikan Sijil Anak Negeri Palsu tidak menampakkan jalan penyudah. Malah ia semakin bertambah kronik apabila semakin banyak sijil-sijil tersebut dikeluarkan secara tidak bertanggungjawab oleh beberapa kalangan yang mempunyai motif memperolehi kekayaan secara segera.

Kalau mahu diharapkan pemimpin Kerajaan Negeri untuk bertindak bagi menangani isu ini, saya berani kata ‘MUSTAHIL’ boleh dilakukan oleh mereka. Logiknya mudah. Pemilik Sijil Anak Negeri Palsu ini adalah kroni kepada beberapa pemimpin Kerajaan Negeri, termasuk Menteri, Ketua Menteri dan TYT!

Fikir-fikirkanlah, bagaimana kelak senario lanskap Sabah dalam tempoh 10 tahun akan datang apabila mereka yang dilahirkan di tanah besar Cina dan Negara Jepun juga rupa-rupanya memiliki Sijil Anak Negeri.

Saya pasti, mereka yang memiliki kuasa politik hari ini, lalu menyalahgunakannya untuk kepentingan diri dan keluarga mereka, akan kesal yang tidak berkesudahan apabila suatu ketika nanti mereka kehilangan kuasa tersebut dan menjadi orang biasa yang pernah mereka perlekehkan selama ini.

Bagi mereka yang menjadi penyokong pemimpin yang korup ini, fikir-fikirkanlah apakah wajar sokongan terus diberikan kepada mereka walaupun tindakan mereka mengancam masa depan pribumi Sabah?

No comments:

Post a Comment