Wednesday 4 August 2010

GHULABDIN KEKAL TIMBALAN PENGERUSI KOSAN




KENANGAN.... Pengerusi Kosan, Datuk Peter Pang En Yen (Kanan), Haji Ghulabdin Enjih Timbalan Pengerusi (tengah) dan Haji Abdul Razak Awang Duraman Ahli Lembaga Pengarah (kiri). Gambar sisipan, Haji Ghulabdin Enjih


Oleh : KREW SABAHKINI.NET

AHLI Lembaga Pengarah (ALK) Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) dalam mesyuaratnya pada pagi kelmarin, 4 Ogos.2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yen merangkap Menteri Belia dan Sukan, memilih semula Haji Ghulabdin Enjih sebagai Timbalan Pengerusi.

Sementara itu Golubi Guntarik telah terpilih sebagai Setiausaha dan Datuk Haji Arshad Haji Idris dipilih sebagai Bendahari yang baru bagi tahun 2010 hingga 2011 dalam mesyuarat pertama ALK bagi sesi penggal ini yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kementerian Belia dan Sukan negeri di sini.

Terdahulu dalam ucapan ringkasnya sebagai Pengerusi Kosan, Peter Pang mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang telah terpilih semula dalam mesyuarat Agung tahunan Kosan pada bulan lepas dan mengharapkan agar kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli koperasi itu kepada mereka dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen lagi terutama kearah memantapkan kemajuan Kosan pada masa hadapan.

"Saya berharap kejayaan Kosan yang telah menerima kepercayaan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pembekalan pakaian seragam sekolah percuma kepada sekolah rendah dan sekolah ugama Is;lam dalam tempoh yang telah ditentukan akan dapat memberi peluang menjana keuntungan di samping menjadikan koperasi ini lebih berdaya saing"

"Pencapaian kosan perlu ditingkatkan dengan keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah memfokuskan kepada perniagaan yang sedia ada, saya percaya dengan gandingan mantap Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan Kosan sendiri akan memberikan lebih banyak peluang untuk menjana lebih banyak kontrak dari kerajaan.serta boleh mencari rakan usahasama yang menguntungkan dari pelbagai agensi," kata Peter Pang.

Beliau mengharapkan, Kosan akan dapat merealisasikan peluang lebih banyak pekerjaan kepada para belia menjelang tahun hadapan khususnya kepada mereka yang berada di sekitar negeri ini dan akan dapat membuka tambahan kilang seperti mana yang telah dirancangkan sejak tahun lalu.

Kosan yang telah memulakan operasinya sejak sekian lama adalah merupakan sebuah koperasi yang tertua di negeri ini dengan mempunyai dua buah kilang, sebuah kilang menjahit pakaian di Tuaran dan sebuah kilang membuat kasut di Papar dan telah berupaya menyediakan pekerjaaan kepada hampir 300 penduduk di negeri ini.

Kedudukan penuh Ahli Lembaga Pengarah Kosan bagi penggal 2010 hingga 2011 terdiri dari Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Peter Pang En Yen (Pengerusi); Haji Ghulabdin Enjih (Timbalan Pengerusi); Golubi Guntarik (Setiausaha), Datuk Haji Arshad Haji Idris (Bendahari); Datuk Baisul Khan Salman Farish; Haji Abdul Razak Awang Duraman; Ariffin Datuk Fadzil Wong; ,Chong Ket Vui; Marsilius Tiwol; Hassan Mansoor; Gabriel Lohuban dan Sylvester Golou Asai.

No comments:

Post a Comment