Tuesday 17 August 2010

INSPIRASI RAMADAN DI KAMPUNG KOTA



KENANGAN......Sebahagian daripada ahli Komuniti Bestari Kampung Kota Tuaran bergambar kenangan dengan Nurulhidayah (tengah).


Oleh :KREW SABAHKINI.NET


RAKAMAN rancangan Inspirasi Ramadan untuk siaran RTM TV1 yang dihoskan oleh Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi telah memeriahkan majlis berbuka puasa anjuran Komuniti Bestari Kampung Kota Tuaran yang telah diadakan di kediaman Pengerusinya, Haji Ghulabdin Enjih di sini baru-baru ini.

Rancangan terbitan swasta untuk RTM itu yang telah dilakukan secara mendadak, akan memaparkan pelbagai gelagat, cara dan juadah berbuka puasa di sepanjang Bulan Ramadan; dirakamkan bagi memperlihatkan kemeriahannya di seluruh Malaysia termasuk Negeri Sarawak dan Sabah.

Rancangan Inspirasi Ramadan akan disiarkan pada setiap hari selasa bermula pada 23 Ogos ini jam 3.30 petang sebagai tontonan masyarakat Islam sementara menunggu masa berbuka puasa.

Haji Ghulabdin yang sempat ditemui di majlis itu, menyambut baik penerbitan rancangan Inspirasi Ramadan RTM TV1 yang akan dapat menjadi tontonan sepanjang ramadan di samping itu juga akan membolehkan pelbagai cara berbuka puasa masyarakat Islam ditonton oleh pelbagai kaum yang bukan Islam di negara ini.

"Saya berharap pada masa akan datang, rakaman seperti ini akan diteruskan oleh TV1 RTM atau mana-mana juga stesen TV swasta yang ingin menjadikan pelbagai adat dan budaya pelbagai kaum di negara ini; terutamanya Negeri Sabah, termasuklah Daerah Tuaran bagi mengisi rancangan TV. Kita dapat mempaparkan dengan lebih dekat cara hidup masyarakat kita, terutama yang berada di luar Bandar,” kata Haji Ghulabdin yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Tuaran.

Semasa rakaman Inspirasi Ramadan di Kampung Kota Turaran diadakan, para ahli Komuniti Bestari telah menunjukkan pelbagai pembuatan kuih muih tradisi seperti ‘Penjaram’ dan ‘Jemput-jemput Terap’ termasuk juga masakan tempatan ikan rebus ‘Ampap’, ikan masak kunyit dan sayur rebus keladi.

Majlis berbuka puasa di kediaman Haji Ghulabdin bertambah meriah kerana selepas rakaman itu, krew yang terlibat telah menyertai sembahyang berjamaah solat maghrib dan seterusnya menikmati juadah berbuka puasa.

Selain daripada anggota-angota krew rakaman Inspirasi Ramadan, Majlis berbuka puasa itu juga turut dihadiri oleh Pengarah, penerbit yang juga pelakon, Norsahar Ahmad; Pengerusi Surau Kampung Kota Tuaran, Haji Adis Enjih; Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tuaran, Marsah Muyong; Ahli Perniagaan, Awang Puasa Jambul; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Seri Bayu, Madsabi Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK; Kampung Kota Tuaran,Haji Jamani Bidin.

Sementara itu, Nurulhidayah yang juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu dakwah tanah air menyatakan perasaan gembiranya kerana dapat beramah mesra dan dapat mendekati tatacara masyarakat Kampung Kota, Tuaran semasa menyambut bulan Ramadan pada tahun ini,

No comments:

Post a Comment