Tuesday 3 August 2010

JAMBATAN BARU BINAIE AKHIRNYA TERTUNAI




BINA.... Ng di hadapan jambatan baru yang sedang dalam pembinaan

Oleh: MAIL MATHEW

PARA penduduk kawasan Mukim Lagud Seberang, Entabuan dan Saga merasa lega kerana kesulitan mereka (penduduk) sebelum ini untuk berulang alik menggunakan jambatan Binaie yang sempit dan daif untuk ke pekan, kini tidak lagi menjadi kerisauan dari aspek keselamatan apabila jambatan baru yang kini sedang rancak dalam pembinaan dijangka siap menjelang pertengahan tahun hadapan.

Jambatan Binaie yang dibina lebih 20 tahun lalu oleh era kerajaan Parti Berjaya telah menjadi isu kontroversi sebelum ini apabila kelulusan pembinaannya diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah sekitar tahun 2007 namun pelaksanaannya masih belum bermula meskipun sudah selepas setahun pengumumannya.

“Kami penduduk seberang yang selalu menggunakan jambatan itu memang senang hatilah kerana pembinaannya sudah bermula tahun ini (2010). Walaupun sudah lambat tapi tidak apa. Kita tetap menerimanya dengan hati terbuka,” kata Ng Choon Soon, 67, seorang usahawan yang mempunyai perusahaan di kawasan Kg Binsilon.

Ng yang juga mantan Pemimpin Masyarakat Cina (Kapitan) turut menggesa kerajaan agar mengkaji semula perancangan mereka di masa lalu terutamanya cadangan untuk mengorek dan mendalamkan sungai Padas dan Pegalan supaya dapat mengurangkan hakisan sungai dan limpahan air banjir ketika musim hujan.

“Banyak orang mengatakan bahawa punca hakisan dan limpahan banjir berpunca daripada empangan Haidro Pangi, tetapi sebaliknya semua itu tidak benar kerana pihak Hidro akan membuka semua gate empangan dan melepaskan terus air mengalir ke arah Beuafort,” tegas Ng.

“Saya percaya bahawa kedua-dua batang sungai ini perlu dikorek dan diperdalamkan kerana sungai ini sudah cetek dipenuhi lumpur. Jangan salahkan sesiapa, tetapi kerajaan perlu lakukan kerja berdasarkan laporan Konsultan yang sudah buat kajian lebih 10 tahun lalu,” tambahnya lagi.


BANJIR...Ng menunjukkan sistem perparitan yang tidak sesuai kerana tidak cukup lebar dan dalam.

Sementara itu, Ng meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini memantau kesesuaian sistem perparitan di sepanjang jalanraya antara Kg Binsilon ke Kg Tumantalik di mana saiz ke dalaman perparitan kurang dalam dan sebab itu tidak dapat menampung kelancaran keluar jumlah air banjir yang melimpah di permukaan jalanraya.

“Sebab itu, air banjir masih lagi terperangkap di kawasan-kawasan rendah termasuk perparitan yang kurang lebar dan kurang dalam walaupun musim banjir sudah berlalu berminggu-minggu,” tegas beliau.

Jalanraya antara Kg Binsilon ke Kg Tumantalik sejauh kira-kira 5 kilometer masih bertaraf ‘gravel’ namun lawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sekitar tahun 2008 telah bersetuju agar jalanraya tersebut dinaiktaraf termasuk pengaspalan.

No comments:

Post a Comment