Tuesday 10 August 2010

JEFFREY SERIUS TANGANI ISU PATI




Oleh: MAIL MATTHEW


PENYELARAS Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dun Liawan Dr Nicholas James Guntobon (gambar) menjelaskan kelantangan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini bukan suatu sandiwara politik tetapi PKR serius menyuarakan isu tersebut sehingga kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat menyelesaikannya.

Katanya, beliau hairan kerana PBS sering mengungkit isu tersebut termasuk kredibiliti imigresen tetapi sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan juga meskipun mereka (PBS) kini sudah berada dalam BN.

“Mereka telah melakukan semua ini sejak merujuk kembali kepada BN dan mereka telah melalui dua pilihanraya umum bersama BN. Kini mereka masih bercakap bagaimana mahu menyelesaikan masalah pati,” kata Dr Nick di pejabatnya sebagai maklum balas kepada kenyataan Setiausaha Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Melon Yaming baru-baru ini.

Dr Nick menjelaskan bahawa PBS ternyata masih gagal dalam isu PATI, malah kelantangan suara mula mengendur dan sayup-sayup kedengaran iaitu hanya apabila mereka gagal mendapatkan apa yang mereka mahu dan mula mengungkit masalah PATI sebagai ‘tebusan’ kepada permintaan mereka, terutama projek dan jawatan atau pengagehan kerusi.

Tegas Dr Nick lagi, rakyat sudah muak dan bosan mendengar cara PBS dan BN menyelesaikan isu PATI yang sering berdolak dalik kerana BN sebenarnya yang masih memerlukan khidmat PATI sekali lagi sebagai ‘Pengundi Untuk Disewa’ bagi memenangkan mereka di dalam PRU-13 sepertimana yang telah terbukti ketika pilihanraya kecil Dun Likas sedikit masa dulu.

“Ketika itu mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee sebagai Adun BN di DUN Likas telah terbukti dan disabitkan di Mahkamah kerana penglibatan PATI mengundi untuk memenangkan beliau,” tegas Dr Nick.

Dr Nick yang akan menawarkan diri untuk bertanding Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Keningau pada pemilihan Septemberi ini seterusnya berkata, tidak ada jalan pintas untuk menangani pelbagai masalah kepincangan kerajaan BN sekarang ini selain menukarkan kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 kelak.

Tegasnya lagi, beliau dimaklumkan oleh pimpinan parti bahawa PR akan menubuhkan satu badan penyiasat seperti Suruhanjaya Siasatan DiRaja sejurus selepas PR diberi mandat untuk mentadbir Negara ini setelah kerajaan BN ditumpaskan.

3 comments:

  1. masalah PATI ini perlu ditangani, semua pihak harus bekerjasama dalam menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  2. harap jeffrey serius untuk mengurangkan PATI di sabah ini.

    ReplyDelete
  3. Well then. Let Jeffrey handle the PATI issues then.

    ReplyDelete