Wednesday 4 August 2010

KAUM GURU PERKASA PBRS



TERIMA….Kurup sedang menerima 60 borang keahlian PBRS daripada kalangan guru yang diserahkan oleh Azman Antaim.

Oleh: ROZIE JUMAT

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) terus menerima respon positif daripada golongan belia dan kakitangan kerajaan yang dibenarkan berpolitik untuk memperkasa parti berkenaan.

Terbaru, sempena mesyuarat perwakilan tahunan bagi Bahagian N.37 Sook, parti itu menerima seramai 60 keahlian dari guru-guru sekitar daerah Kecil Sook yang diketuai oleh Azman Antaim.

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, penyertaan kalangan guru-guru itu membuktikan perjuangan dan konsep Barisan Nasional (BN) melalui parti itu diterima oleh golongan pendidik.

Menurut Kurup, yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Daerah Kecil Sook telah berjaya diubah oleh parti PBRS, meskipun kawasan itu pernah ditiadakan namun dikembalikan semula atas usaha PBRS yang mahu melihat kawasan itu dimajukan oleh kerajaan.

Berucap semasa merasmikan penutupan serentak mesyuarat perwakilan tahunan PBRS N.37 Sook dan N.38 Nabawan, Kurup berkata, perubahan yang berlaku di kawasan itu adalah atas usaha kerja keras pemimpin BN.

"Kita sendiri melihat bagaimana Sook ini dahulu dan sekarang yang ternyata jauh berbeza," kata Kurup di hadapan Timbalan Presiden PBRS merangkap Adun Sook, Datuk Ellron A.Angin yang juga turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Kata Kurup penerimaan rakyat terhadap PBRS di Sook akan lebih memperkukuhkan kedudukan BN di kawasan itu.

"PBRS juga mengutamakan pembangunan untuk rakyat dan inilah matlamat utama kita agar rakyat kita tidak ketinggalan," kata Kurup.



SERAH…. Kahirin sedang menyerahkan 110 borang keahlian golongan belia kepada Timbalan Presiden PBRS, Datuk Ellron.

Sementara itu, Timbalan Presiden PBRS, Datuk Ellron menerima seramai 110 keahlian golongan belia dari 6 mukim semasa penganjuran program pertandingan bola sepak Piala ADUN Sook, Padang Penjara di sini. Penyerahan itu dilakukan oleh Ketua Pemuda PBRS, Kahirin Bador.

"PBRS sentiasa mengalu-alukan penyertaan golongan belia, inilah yang kita mahu agar kita dapat sama-sama mengembelengkan idea pemuda untuk dibawa ke hadapan demi masa depan bangsa dan negara kita," kata Ellron.

No comments:

Post a Comment