Tuesday 17 August 2010

KECURIAN KABEL TELEKOM MASIH SERIUS



Saudara Pengarang,

NAMPAKNYA tahap kesedaran sivik tentang kebertanggung jawaban masyarakat kita di mana juga di Sabah belum mencapai ke suatu tahap pemikiran yang matang dan profesionalisme, meskipun Sabah sudah MERDEKA lebih 48 tahun yang lalu.

Apa tidaknya jikalau sehingga ke hari ini masih terdapat masyarakat yang berperangai seperti ‘Binatang Buas’ masih berminat mengusik mahupun mencuri kabel-kabel Telekom yang terentang di sepanjang jalanraya utama antara Tenom ke Keningau. Apakah perangai buruk mencuri kabel boleh menjadikan seseorang itu kaya raya?

Saya salah seorang pengguna internet dan beberapa rakan yang lain turut terjejas beberapa bulan lalu hanya kerana gara-gara penyamun kabel Telekom yang menyamun harta benda tersebut tanpa memikir kesan di sebalik perbuatan mereka yang tidak berhati perut.

Zaman sekarang, dalam era IT, lebih kurang 90 peratus penduduk menggunakan Internet di mana boleh disifatkan IT adalah sebahagian daripada corak penghidupan masyarakat sekarang, tidak kira seseorang itu berada di pelusuk kampung, perkhidmatan IT tetap digunakan dalam urusan seharian.

Tahukah penyamun-penyamun semua, bahawa tindakan itu adalah satu perbuatan yang dikutuk masyarakat. Justeru, saya mohon rakan-rakan masyarakat prihatin agar bangkitlah bersama-sama menangani gejala Pencuri Kabel Telekom. Jika terserempak dengan kumpulan ini, segeralah menelefon Polis di talian 087-736211 supaya penyamun-penyamun ini dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan.

Yang Benar,

MASYARAKAT PRIHATIN TENOM

No comments:

Post a Comment