Saturday 14 August 2010

KENAPA SPRM LEPASKAH KHAIRUL?




Oleh: JAIKUL JAMES

HAMPIR sepertiga warga Keningau tidak percaya bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh melepas dan membebaskan tertuduh utama, Hairul Benjamin dalam ‘Skandal Pembalakan Haram’ dalam serbuan yang diketuai oleh Datuk Jamidan Mohammad.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Sabah, Zainuddin Hassan memaklumkan bahawa pihaknya sudah lama menjejaki Hairul atau dikenali dengan nama timangan ‘Michael Pakistan’ dan telah memberi maklumat lengkap kepada SPRM tetapi Hairul bolos daripada jaring yang dipasang SPRM.

“Lima tahun dia botakkan Hutan Simpan di Keningau bersama partner dia bernama Angkau pada 2008. Dalam serbuan itu, Kilang Angkau kena serbu, tetapi Hairul bebas,” ujar Zainuddin yang kesal dan tidak lagi berminat untuk menyalurkan maklumat yang mereka terima daripada rakyat kepada SPRM.

Kata Zainuddin, pihaknya kesal kerana sehingga ke hari ini, seorang lelaki yang mengaku sebagai Juruperunding Kanan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM masih terus membuat dakwaan demikian tanpa sebarang siasatan atau amaran.

“Kita mau tahu, di bawah peruntukan mana, Henry Voon dilantik? Sampai sekarang dia masih mendakwa menjadi juruperunding kepada semua pesalah rasuah dan orang kanan Datuk Abu. Apa semuanya ini? Kita malu dengan sikap SPRM yang membiarkan rasuah berleluasa terutama di kalangan pembalak haram dengan Jabatan Perhutanan,” ujar Zainuddin yang menekankan bahawa tangkapan yang dilakukan ala kadar sahaja.

No comments:

Post a Comment