Thursday 5 August 2010

LANUN PROJEK BN KINI MENJAJAH TENOM?



Oleh: GONOD SUNDA

GARA-GARA teringin sangat mahu menjadi ‘Orang Kaya’ lalu bertindak membolot semua projek, sama ada projek kecil atau besar tanpa menghiraukan ‘nasib sesuap nasi’ rakan-rakan seperjuangan yang lain; dengan ertikata ‘Hidup hanya sekali dan peluang pun mungkin kali ini sahaja.’

Falsafah sebegitu rupa mengingatkan pejuang yang lain dalam UMNO Tenom merasa terguris perasaan lalu timbul niat mereka mengkaji semula erti sebenar ‘Perjuangan’ mereka selama 17 tahun Umno bertapak di Tenom.

Amat malang sekali kerana kelibat mereka membuatkan kontraktor bersais ‘kerdil’ mati tersepit dan kelaparan lalu marah dan membocorkan segala-galanya kepada Krew Sabahkini.net untuk didedahkan kepada umum; sifat kerakusan dan perangai buruk mereka seperti ‘anjing kelaparan’ apabila mengagehkan projek pembangunan yang ratusan juta ringgit nilainya.

Orang dalaman UMNO itu sendiri yang mendedahkan ketidakpuasan hati mereka berhubung gelagat segelintir pemimpin Umno yang sudah mendapat habuan projek jutaan ringgit nilainya malah yang kecil-kecilan bernilai ratusan ribu pun dibolot mereka. Apakah tindakan sebegini adil namanya kepada kontraktor kecil berkelas ‘F’?

Mereka seharusnya memberi pertimbangan yang lebih wajar dan seadil-adilnya kepada kontraktor kecil juga tanpa mengira ia datang dari arah mana dalam parti komponen BN kerana mereka juga berhak menuntut agehan dalam semangat perkongsian kuasa yang sudah terjalin sejak sekian lama. Adalah tidak adil jika semuanya dibolot oleh pemimpin UMNO sahaja?.

“Kita tahu projek itu adalah dalam bentuk cabutan tetapi bagi yang sudah mendapat projek jutaan ringgit, jangan lagi ambil bahagian bagi nilai yang kecil. Berilah laluan kepada yang lain supaya semua kontraktor mendapat habuan,” tegas salah seorang kontraktor yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu.

Difahamkan bahawa cabutan agehan projek telah dijalankan di Pejabat Daerah Tenom baru-baru ini, kebanyakkan kontraktor kelas ‘F’ tidak berpuas hati kerana kontraktor berkelas besar dan sudah mendapat agehan projek bernilai jutaan ringgit turut mengambil bahagian dalam cabutan projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit.

Menurut pengadu, kebanyakan kontraktor yang bertindak sedemikian adalah bagi mereka yang berjawatan tinggi dalam Jawatankuasa Bahagian UMNO Tenom.

No comments:

Post a Comment