Saturday 14 August 2010

LIEW AKAN SELESAIKAN ISU LETAK KERETA



SEMANGAT….LIEW begitu bersemangat mengibarkan bendera kecil jalur gemilang ketika berhenti rehat di sebuah gerai untuk bertanya khabar masalah penjaja.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

MASALAH kekurangan letak kereta di perkarangan Bangunan Mahkamah Tinggi Sandakan akan diatasi dengan segera bagi memudahkan orang awam berurusan dengan mahkamah berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong dalam lawatan singkatnya ke Sandakan memberi jaminan demikian sejajar dengan perancangan yang dibuat Kementerian Kehakiman untuk menaiktaraf prasarana Mahkamah Tinggi berkenaan.

“Saya sering menerima aduan orang ramai mengenai masalah tersebut. Kita akan atasi segera masalah ini,” ujar Liew sambil berharap masyarakat dapat bersabar dengan kekurangan tempat letak kereta berkenaan sejurus selepas program mengageh-agehkan bendera jalur gemilang kepada para penjaja di Pasar Elopura.

Liew menjelaskan, tujuan mengenai pengagehan bendera jalur gemilang sempena Bulan Merdeka adalah untuk menaikkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya dapat mengimbas kembali makna merdeka.

Katanya, Gagasan ‘1 Malaysia’ cetusan idea Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah membawa pengertian besar kepada rakyat jelata di negara ini terutama sekali sempena Bulan Kemerdekaan ini.

“Pagi nanti, jam 3.30 pagi datang sahur bersama-sama saya dengan penduduk Taman Mesra di Surau Saidina Ali ya,” pelawa Liew sambil meminta diri untuk merasmikan beberapa program lain di beberapa kawasan di Sandakan.

No comments:

Post a Comment