Saturday 14 August 2010

MASALAH PEMBENTUNG NAJIS DUA TAMAN SELESAI




LAWAT ….Au yang ditemani PKR dan Pengerusi JKDB melawat ke tapak projek bina semula paip saluran pembentung najis.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEBOCORAN paip saluran pembentung najis antara Sentosa Apartment dengan Taman Sentosa Cord yang sejak kebelakangan ini telah menimbulkan masalah kepada kedua penduduk taman berkenaan kini menemui jalan penyelesaian sebaik saja kerja-kerja membina semula pembetung berkenaan siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Wakil Rakyat Elopura, Au Kam Wah yang meninjau sendiri ke tapak projek pembinaan tersebut menyatakan punca kebocoran saluran najis tersebut adalah disebabkan batang paip sebesar 6 inci tersumbat dan terputus akibat mendapan tanah sehingga najis yang belum dicerna mengalir ke merata tempat yang rendah.

Katanya pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Sandakan yang dimaklumkan mengenai kerosakan tersebut telah memberi respon lantas mengambil tindakan segera untuk memasang batang paip baru sepanjang 300 meter melalui peruntukan DUN.

Dalam pada itu, Au Kam Wah sangat berpuas hati terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang dijangka akan siap sepenuhnya dalam dua minggu lagi.

“Memandangkan kerja-kerja projek pemasangan batang paip saluran najis itu melibatkan jalan raya penghubung antara Taman Sentosa Cord dengan Sentosa Apartment, maka dengan ini saya menasihatkan para pemandu yang menggunakan jalan berkenaan supaya berhati-hati,” tegasnya.

Sementara, Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Taman Sentosa Cord, Wong Vui Soon mengucapkan terima kasih khususnya kepada ADUN Elopura, JKR dan juga MPS kerana begitu prihatin menangani masalah berkenaan yang agak kontraversi sebelum ini.

No comments:

Post a Comment