Thursday 12 August 2010

PBS DESAK SEMAK SENARAI MISKIN TEGAR




AWANG…..minta kerajaan semak semula nama/senarai dan kategori masyarakat terbabit agar mencapai sasaran.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KETUA Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Kuamut, Awang Garima (gambar) mempertikaikan kesahihan senarai program miskin tegar yang didakwa tidak menepati sasaran yang ditetapkan.

Katanya golongan yang berpendapatan rendah RM540.00 ke bawah sebulan ianya telah dikategorikan ‘Miskin Tegar’, sementara pendapatan RM541.00 hingga RM960 ia di dalam kategori miskin.

Manakala pendapatan sebulan daripada RM941.00 hingga RM1,000.00 ia termasuk golongan ‘Miskin Mudah’.

Awang berkata selanjutnya ramai di kalangan golongan yang telah dikategorikan sebagai ‘Miskin Tegar’ telah terkeluar nama mereka dan tidak mendapat apa-apa bantuan daripada pihak kerajaan.

Yang paling menyedikan kata Awang, ramai di kalangan masyarakat Tongod yang sepatutnya disenaraikan dan dikategori ‘Miskin Tegar’ pula dipindah ke program kategori “Miskin dan Miskin Mudah’.

“Jadi bagi golongan ‘Miskin Tegar’ yang betul-betul mengharapkan bantuan tersebut telah terpinggir sehingga gagal membasmi kadar kemiskinan,” jelas Awang lagi.

Awang yang juga Pegawai Perhubungan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuamut meminta kepada kerajaan agar dapat menyemak semula nama dan status serta kategori masyarakat yang terlibat dalam program ini.

“Saya telah difahamkan bahawa senarai ini hasil daripada banci penduduk oleh Jabatan Perangkaan pada 10 tahun yang lalu melalui pelaksana Pejabat Daerah Tongod,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment