Wednesday 1 September 2010

PEMIMPIN UMNO HILANG HARGA DIRI!



Oleh: IBNI ABDULLAH

KENYATAAN Presiden LDP, Datuk V.K. Liew yang membidas peribadi Datuk Salleh Tun Said sungguh mengaibkan! Pemimpin UMNO semacam sudah hilang kehormatan dan harga diri sehingga sebuah parti komponen yang kecil seperti LDP dengan rasa bangga diri memperlekeh kewibawaan mereka.

Atau sememangnya pemimpin UMNO sudah tiada wibawa sehingga kenyataan Datuk V.K. Liew, "we just have to ignore people like Salleh" boleh dikeluarkan tanpa rasa segan dan adab susila sebagaimana yang dilaungkan oleh para pemimpin UMNO/BN selama ini yang kononnya mereka adalah sebuah keluarga yang besar yang semua pandangan dan kritikan hendaklah dibuat dalam semangat kekeluargaan.

Sikap para pemimpin LDP yang terus menerus mempertikaikan kepemimpin Datuk Musa dan segelintir pemimpin UMNO hanya mengesahkan bahawa semangat kekeluargaan BN sedang menuju kehancuran!

Ini juga petanda bahawa badi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini pasti akan menghantui UMNO/BN Sabah. Impian UMNO/BN yang ingin terus menerus menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai 'fixed deposit' bagi mengekalkan penguasaan BN di peringkat Federal akan menjadi igauan ngeri pada PRU kali ini memandangkan kesungguhan rakyat Sabah untuk memberi kepercayaan kepada PR bagi menggantikan BN yang semakin reput dan bernanah.

Setelah lebih 50 tahun memerintah negara ini, berkokok siang malam menyeru rakyat bersatu padu, pemimpin UMNO/BN terus konsisten mempelopori politik adu domba dan penganjur perpecahan sebagaimana dapat kita saksikan sekarang. Rakyat Sabah harus bersikap positif dan bersedia memberikan ruang bagi PR membuktikan kemampuan dan keupayaan mentadbir urus negeri ini dengan matlamat mengembalikan hak dan maruah rakyat Sabah yang telah dirobek dan dirampas oleh kroni dan pemimpin UMNO/BN.

Sesungguhnya pemerintahan PR di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor adalah manifestasi keupayaan pemerintahan PR menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat...bukan merampas dan merompak hakmilik rakyat sepertimana dilakukan selama lebih 50 tahun di era pemerintahan UMNO/BN di negeri-negeri tersebut!

No comments:

Post a Comment