Thursday 5 August 2010

PERCUBAAN BUNUH SAKUR TAN GAGAL?




Oleh: KREW SABAHKINI.NET

TEPAT jam enam petang waktu Malaysia, seorang pengebom berani mati telah meletupkan bom yang dipasang di badannya di Lapangan terbang Zamboanga, Filipina yang membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan Gabenor Sulu, Sakur Tan dan anaknya, Mayor Shamir.

Letupan bom berkenaan menyebabkan Lapangan Terbang Manila ditutup kepada semua penerbangan.

Menurut sumber, letupan bom berkenaan disasarkan kepada Sakur Tan dan anaknya, namun tidak diketahui tahap kecederaan Sakur Tan dan anaknya.

Dua orang termasuk anggota pengembong berani mati putus kepala terkena bom berkenaan yang dipasang di tubuhnya ketika berada di Balai Ketibaan, Lapangan terbang Zamboanga ketika cuba menghampiri Sakur Tan namun dihalang oleh para pengawalnya.

Sabahkini.net sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada Manila dan Zamboanga, namun masih gagal.

No comments:

Post a Comment