Sunday 1 August 2010

‘PIRATE OF CARRI-BN’ ROMPAK TANAH SEMPORNA?



Oleh: PEMERHATI POLITIK SEMPORNA

PENJAJAHAN tanah di Jalan Kastam, Pekan Semporna oleh Masyarakat ‘Lannang’ (Tionghua) telah menyebabkan masyarakat bumiputera di pesisir pantai terus tertekan dan dilema berpanjangan angkara ideologi imperialis golongan kapitalis di daerah ini dengan kerjasama ‘Pirate Of The Carri-BN’.

Bantahan demi bantahan dilaporkan oleh rakyat mengenai perkara ini, namun tiada kesan kepada pihak berkuasa yang nampaknya mengeksplotasi kawasan berkenaan bagi kepentingan individu tertentu yang dilihat mengambil kesempatan dari kelemahan masyarakat marhain di daerah yang Pegawai Daerahnya berperangai tidak ubah seperti Residen British!.

Sementara Ahli Parlimen dan Adun-Adun Semporna, khasnya Adun Senalang yang terlibat secara langsung dalam kawasan DUN berkenaan tiada respon atau memberi perhatian terhadap keluhan rakyat di kawasan itu bagi mengadakan dialog dan mencari jalan keluar.

Masalah yang dihadapi oleh masyarakat Semporna, khasnya di DUN Senalang (Datuk Nasir Tun Sakaran ) yang berterusan tanpa penyelesaian yang konkrit terus menjadi isu dalam kawasan berkenaan.

Hotel Seafest Semporna

Bagi masyarakat Semporna, hubungan baik keluarga Adun Senallang dan Datuk Chua selaku pemilik Hotel Seafest (Mungkin hanya Nominee) memang sudah lama diketahui ramai dan sudah sinonim dengan perkataan Datuk Chua Bin Tun Sakaran kerana selama ini beliau adalah sebagai ‘Supplier’ kepada Projek-Projek Adun di kawasan DUN ini.

Datuk Chua yang dilaporkan sudah dianugerahkan Datuk ini memang dikenali oleh Semporna sebagai ‘Taukeh Lannang’ yang tidak pernah pakai seluar panjang, kecuali menemui ‘tuan’nya dalam majlis tertentu atau dalam perjumpaan yang dirancang.

Natijahnya, sekarang ramai bertanya, “Si Chua yang pakai seluar pendek itu sudah pandai pakai seluar panjang ke sejak jadi Datuk?”. Namun saya nampak dia masih kekal dengan identitinya, ‘Taukeh Seluar Kontot.’

Pemilik Hotel yang hebat ini mendapat gelaran Datuk mungkin kerana jasanya kepada rakyat Semporna atau kerana amanah sebagai Nominee atau Proksi yang hebat yang menyebabkan dia mendapat gelaran itu.

Namun secara jelasnya, Taukeh Seluar Kontot ini sebenarnya seperti dalam cerita P.Ramlee, ‘Tuan Tanah Kedaung’ yang menjadi penjajah tanah rakyat kawasan itu dan tanah kerajaan dengan menggunakan ‘kekuatan’ yang ada di belakangnya.

Kisah pemilikan tanah kastam yang beliau perolehi ini adalah berpunca daripada seorang rakyat Semporna, KK Haji Ibnu Badiri Bin Ibnu Salleh atau lebih popular dengan gelaran Haji Badiri yang telah memperolehi kelulusan tanah di kawasan itu seluas 4 ekar sahaja lakaran seperti dalam peta di atas.

Haji Badiri yang memperolehi tanah ini pada tahun 1994 daripada Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Tun Sakaran Dandai adalah menantu Tun Sakaran sendiri. Mengikut susurgalur kekeluargaan, Haji Badiri telah mengawini adik OKK Safari, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah (Anak saudara Tun Sakaran) iaitu Hajjah Sabtila.

Tun Sakaran, selaku Ketua Menteri Sabah ketika itu telah menyalahguna kuasa dan melakukan rasuah dengan meluluskan permohonan Haji Badiri bagi kawasan seluas empat ekar ditapak asal Seafest sekarang.

Namun saya tidak pasti bagaimana pemilikan tanah tapak Seafest Hotel yang dibangunkan oleh Datuk Chua dan jatuh ketangan beliau, namun terlalu banyak cerita di kalangan masyarakat Semporna bahawa beliau seolah-olah telah diperalatkan untuk mendapatkan tanah berkenaan melalui konspirasi peringkat tertinggi orang yang berkuasa pada masa itu.

Apa pun kisahnya, kes Haji Badiri adalah sebahagian kecil daripada konspirasi dan rancangan untuk mendapatkan kawasan tanah prima (prime land) yang lebih besar di daerah Semporna.

Senario ini telah banyak membawa kepada punca kegelinciran sokongan dan agitasi politik kepada Adun Senallang hari ini kerana rakyat di kawasannya terus bersuara tentang kepincangan dan proses pemilikan secara songsang di sana.

Tanah Milik Sabah Port Authority

Sepatutnya kerajaan negeri tidak menghadapi masalah untuk membina kawasan dan penempatan CIQS (Custom Immigration Quarantine Semporna) yang tidak sampai 10,000 kaki persegi di Jalan Kastam bagi menyediakan tapak untuk pembinaan bangunan Pusat Barter Trade yang bakal diaktifkan semula di daerah Semporna tidak lama lagi.

Pada dasarnya, Sabah Port Authority (SPA) yang memiliki tanah seluas 10 ekar di Jalan Kastam, Semporna telah dieksais keluar dan diserahkan kepada Sabah Fish Marketing Authority (SAFMA) dan telah diwartakan beberapa tahun yang lalu untuk kepentingan nelayan daerah Semporna ketika Haji Salsidu Haji Ibrahim menjadi Pegawai Daerah Semporna.

Menurut maklumat umum, SAFMA yang telah memohon tanah berkenaan semasa adik ipar Datuk Chua menjadi Pengurus Besar SAFMA iaitu Gan. SAFMA telah membayar premium tanah ini kepada pihak kerajaan untuk kepentingan jangka masa panjang para nelayan di Semporna.

Konspirasi peringkat tertinggi ini gagal dihidu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpejabat di Tawau; apatah lagi melibatkan ramai Pengawai Kanan kerajaan, Pegawai Daerah Semporna, Pengurus Besar SAFMA dan ahli-ahli politik yang telah menyebabkan tanah ini jatuh ke tangan individu tertentu tanpa merujuk kepada pihak kerajaan.

Bagaimana boleh Tanah Kerajaan (Tanah Sabah Port Authority dan SAFMA) boleh dijual kepada Individu tertentu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa yang memerintah? Jawapan ‘BOLEH’ jika semua mereka ‘BERKONSPIRASI’ pada tahun 1994.

Tanah Pesisir Seafest Hotel Cuba Dirompak

Datuk Chua yang datang bersama peguamnya bulan lalu mendakwa beliau adalah pemilik tanah berkenaan dan mengarahkan para nelayan Semporna termasuk Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) supaya keluar dengan serta-merta daripada kawasan itu kerana beliau hendak menimbus dan mempeluaskan operasi hotelnya di kawasan berkenaan.

Tidak cukup dengan sikap kurang ajar dan barbariannya, Datuk Chua juga telah menutup satu jeti kerajaan bagi keperluan penduduk Pulau Bum Bum kerana tidak senang hati dengan pembinaannya yang dilihat boleh menyekat rancangannya.

Pembinaan CIQS Semporna.



Terbaru, memandangkan kerajaan sudah kehabisan tanah di Jalan Kastam, Semporna yang dirompak oleh ‘Pirate of The Carri-BN’ melalui Konspirasi peringkat tertinggi dengan menggunakan ‘Tangan Sial’ pegawai-pegawai kerajaan; maka berlaku kesukaran mendapatkan tanah bagi meneruskan cita-cita kerajaan untuk menjalankan dan mengaktifkan semula Industri ‘Barter Trade’ atau Perniagaan Tukar Barangan di kawasan berkenaan tanpa kelulusan Parlimen Malaysia!.

Akibatnya, Pegawai Daerah Semporna ‘Paling Temberang’ tersepit untuk mencari kawasan bagi memudahkan kerja-kerja beliau sebagai pegawai yang diamanahkan untuk memajukan daerah Semporna sebagai ‘Hub-Pelancongan’ Pantai Timur.

Maka berlakulah kepincangan perancangan yang tidak teratur sehingga terpaksa mengguna pakai amalan Komunis ‘menghalalkan cara’ dengan ‘merampas’ tanah orang kampong dan tanah berhak milik demi untuk kepentingan orang Poltik.

Benarlah kata orang, setiap Pegawai Daerah yang pernah dihantar ke Semporna apabila keluar daripada daerah ini, terpaksa dimasukkan ke dalam ‘Ice Box’ atau ‘Turun Pangkat’ kerana terperangkap dan dijadikan kuda tunggangan oleh ‘Pirate of The Carri-BN’ di Semporna; termasuklah Penolong Pegawai Daerahnya, yang terpaksa kembali ke jawatan S27 kerana gagal disahkan jawatan N41, walaupun sepupu Adun Senalllang.

Ramai rakyat Semporna mengadu kepada saya agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad tidak pejam mata di atas kekejaman ‘Pirate of The Carri-BN’ yang telah melanin tanah rakyat yang dirampas untuk CIQS setelah tanah Sabah Port Authority yang diserahkan kepada SAFMA juga telah dirompak pihak tertentu yang berpangkat Tun dan Datuk.

Saya akan membuat laporan mengenai tanah penduduk tempatan yang dirampas oleh pihak CIQS secara terperinci sedikit masa lagi setelah dapat penjelasan daripada pemilik tanah terbabit.

1 comment: