Sunday 1 August 2010

RAKYAT WAJAR SOKONG PEMADAM



TERIMA KASIH…..Samsudin menerima cendera kenang-kenangan daripada Ir James Wong sempena perasmian majlis berkenaan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PROGRAM Cekal IPT Bebas Dadah anjuran PEMADAM Daerah Sandakan merupakan salah satu aktiviti yang perlu diberikan sokongan oleh semua pihak.

“Memandangkan pada masa ini, masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar merupakan sebahagian masalah kita bersama, apatah lagi mereka menentukan jatuh bangun generasi masa hadapan kita,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Hj Samsudin Yahya ketika merasmikan Program Cekal IPT Bebas Dadah di sini kelmarin.

Katanya lagi, gejala keruntuhan moral seperti pembuangan bayi juga adalah salah satu daripada gejala yang terjadi akibat penagihan dadah itu sendiri.

Oleh yang demikian, mencegah lebih baik daripada merawat, kata Samsudin program seumpama ini juga merupakan satu flatform yang perlu diterapkan sebagai titik mula persatuan PEMADAM dalam melaksanakan setiap aktivitinya.

Samsudin berkata, dengan penglibatan para remaja menyertai aktiviti sihat seperti yang dilaksanakan pada hari ini, secara tidak langsung dapat mengajak mereka untuk mengisi masa lapang dengan melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Majlis penutupan program tersebut yang diadakan di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian (ILP) telah dihadiri lebih 120 orang pelajar yang membabitkan pelbagai pelajar IPT di daerah ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Ir James Wong dan juga Setiausaha Perbandaran MPS, Hj Mohd Hamsan Hj Awang Supain.

No comments:

Post a Comment