Thursday 5 August 2010

SABAHKINI WAJAR DITERIMA MEDIA RASMI SABAH!



Oleh: ISMAIL IBRAHIM

SABAHKINI.NET dan Mirrornya wajar diterima sebagai salah satu media rasmi Sabah kerana medium menyalurkan masalah rakyat dan berjaya menyelesaikan isu yang dibangkitkan rakyat melalui laporan yang versatile tanpa membelakangkan etika kewartawanan.

Seorang peniaga, Abdul Karim Ahmad menyarankan demikian kerana semua aduan rakyat telah diambil tindakan pantas sebagai sahaja ianya disiarkan di http://www.sabahkini.net walaupun sebelum ini telah disiarkan di akhbar arus perdana selama bertahun-tahun.

“Kita patut bangga kerana Kerajaan ambil berat laporan yang disiarkan di portal milik rakyat Sabah ini dan berharap kerajaan akan menerima atau mengiktiraf media alternatif ini tanpa sebarang sekatan,” ujar Karim yang melihat Sabahkini.net telah memainkan peranan media sebenar di Sabah walaupun terkadang kala stail laporannya amat mengejutkan kerana sentiasa disensasikan.

Kata Karim, beliau sendiri tidak mengetahui Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengamalkan dasar pintu tertutup kepada pelajar Sabah dan lebih mengutamakan pelajar Semenanjung Malaysia berhubung kemudahan asrama; sekalipun pelajar berkenaan berasal daripada kawasan kepulauan, luar bandar atau pedalaman yang jauh daripada UMS, sehinggalah ianya didedahkan oleh Sabahkini.net melalui surat pembaca yang bertajuk ‘UMS Cetus Perkauman di Sabah’.

“Walaupun anak saya belajar di UMS tetapi saya tidak tahu insiden ini. Apatah lagi anak saya menumpang di rumah abangnya tanpa memberitahu saya permohonannya untuk tinggal di asrama bagi mengikuti pengajian tahun pertama belum diluluskan,” kata Karim yang terus menghubungi anaknya dan UMS untuk mendapatkan pengesahan setelah membaca laporan Sabahkini.net.

Mujurlah kata Karim, isu asrama untuk pelajar Sabah diselesaikan dengan baik oleh Naib Chancellor UMS, Lt. Kol.Professor Datuk Dr Haji Kamaruzzaman Haji Ampon sehingga anaknya dapat memasuki asrama yang selama ini dikatakan menjadi ‘taboo’ bagi pelajar Sabah melainkan jika tawaran berkenaan ditolak oleh pelajar Semenanjung.

Dalam pada itu, sebelum ini kata Karim, banyak aduan Anak Negeri yang diabaikan kerajaan dan telah berpuluh kali disiarkan di media tempatan dan nasional tidak pernah diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

"Walaupun aduan berkenaan turut dikemukakan kepada Biro Pengaduan Awam dan Suhakam, namun sikap mereka suka menjeruk aduan menyebabkan rakyat marah dan terpaksa beralih kepada media alternatif," kata Karim yang kesal dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadap Sabahkini.net yang ternyata telah memainkan peranan sebagai 'Wakil Rakyat' sebenar tanpa perlu berbahas di Dewan Undangan Negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Setakat ini, kata Karim, beliau berpuas hati dengan laporan Sabahkini.net walaupun dipersembahkan dengan cara yang menyakitkan hati sesetengah pihak, namun mungkin itu sahajalah cara terbaik untuk membuka mata kerajaan.



No comments:

Post a Comment