Tuesday 17 August 2010

SAPP DESAK KEKAL MEWAH BAIKI JAMBATAN



BERSIH ... Jimmy turut serta membersihkan jambatan yang tersumbat dan tertimbus di Kg Luong, Pulong. Manakala gambar kanan Jimmy menunjukkan tebing sungai runtuh yang merosakkan struktur jambatan

KEADAAN Jambatan kayu Kg Luang, Pulong yang hampir musnah berikutan hujan lebat petang ahad akibat limpahan deras banjir sungai itu dan struktur kayu jambatan yang reput dan tebing sungai runtuh telah memburukkan lagi keadaan sehingga jambatan sukar dilalui kenderaan.

”Saya meminta kepada JKKK agar membawa masalah itu ke pengetahuan Pejabat Daerah atau Kekal Mewah Sdn Bhd, syarikat yang memegang konsesi membaiki kemudahan luar bandar itu,” kata Jimmy Jawatah, Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Jimmy yang juga Ketua CLC SAPP Tenom menambah, jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian termasuk getah, justeru tindakan segera perlu diambil untuk memperbaiki kemudahan awam berkenaan.

Dalam tinjauannya pada Isnin, Jimmy beserta beberapa ahli cawangan SAPP Kg Pulong telah mengadakan gotong-royong membersihkan sebuah lagi jambatan di kampung itu yang tersumbat dan tertimbus oleh ranting-ranting kayu akibat limpahan banjir.

No comments:

Post a Comment