Tuesday 17 August 2010

SINDEX DAPAT SAMBUTAN HANGAT



LIHAT…Raymond Tan sedang melihat beberapa produk hasil rekacipta yang dipamerkan

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SINDEX 2010 Peringkat Daerah Sandakan iaitu sempena Exhibition & Price Presentation Day 2010, anjuran Sandakan Rotary Club yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Yu Yuan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebanyak 8 buah sekolah menengah di sini masing-masing telah mengambil bahagian dalam pameran hasil rekacipta produk mereka sendiri.

Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah telah merasmikan majlis penutupan program tersebut.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira kerana beberapa buah sekolah telah berjaya merekacipta produk-produk yang menggunakan teknologi moden.

Katanya, usaha sebegini hendaklah diteruskan kerana ia boleh membawa kemajuan kepada negara dalam mencipta pelbagai barang yang menggunakan teknologi moden.

Turut hadir pada majlis itu ialah Wakil Rakyat kawasan Elopura Au Kam Wah

No comments:

Post a Comment