Tuesday 3 August 2010

WASPADATAKTIK SERONG PEMBANGKANG




SERAH…..ADUN Sekong menyerahkan borang-borang bantuan e-Kasih kepada salah seorang wakil penduduk kampung Trusan Baru .

Oleh : SHAIMON S JUMADI

RAKYAT khususnya masyarakat yang tinggal di perkampungan kepulauan khusus di kawasan Sekong disaran agar berusaha lebih gigih lagi dengan menceburi pelbagai bidang, sama ada nelayan mahupun petani untuk meningkatkan pendapatan harian khusus untuk menyara keluarga.

“Walaupun kini kerajaan telah banyak memberi bantuan dan pelbagai kemudahan kepada rakyatnya, tetapi kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja dan jangan terlalu mengharapkan semata-mata bantuan daripada kerajaan secara berterusan; namun sebaliknya mereka hendaklah juga berdikari sendiri untuk mengubah nasib seseorang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya.

Beliau membuat saranan tersebut ketika berucap merasmikan Program Sempena Bulan Usahawan dan Ekonomi bagi Peringkat Kampung Pulau Trusan Baru, Sandakan, kelmarin.

Katanya, kerajaan BN memang sentiasa prihatin kepada kaum nelayan dan juga petani di negeri ini dan sebagai rakyat yang inginkan kemajuan dalam kehidupan diri masing-masing mereka perlu bekerja keras dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bidang yang diceburi.

Justeru itu jelas Samsudin, “sebagai yang inginkan pelbagai kemajuan di satu-satu kampung, khususnya kampung-kampung di kepulauan hendaklah menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah agar segala projek dan kemudahan lain dapat dibekalkan dan disalurkan dengan licin.

“Kita tidak nafikan sejak kebelakangan ini ramai di kalangan pemimpin politik sama ada daripada parti Keadilan Rakyat (PKR) dan SAPP masuk kampung keluar kampung menemui para penduduk sambil menaburkan pelbagai fitnah dan janji-janji manis,” pesan Samsuddin lagi.

Sehubungan itu, Samsuddin menggesa agar rakyat, khususnya pengundi di kawasan Sekong mahupun Batu Sapi tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya mereka yang hanya sekadar mengelirukan dan memesongkan fikiran rakyat untuk kepentingan politik mereka sahaja.

“Saya akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa untuk memastikan penduduk di setiap kampung akan mendapat kemudahan-kemudahan asas dan bantuan lain yang diperlukan,” ujarnya.

Sebagai pengisian program tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya gotong-royong membaik pulih surau di samping membina jambatan, Penyerahan Borang Bancian Penduduk Kampung dan Borang e-Kasih dan dikuti dengan sukaneka dan perlawanan bolak Sepak 9 sebelah bagi Zon Kepulauan kawasan Sekong dan tidak ketinggaan memikat menangkap ketam, dan menganyam ketupat

No comments:

Post a Comment