Friday 1 October 2010

AIM LONJAK TARAF HIDUP WANITA


KENANGAN….Antara ahli AIM Kota Belud bersama dengan Ahli Parlimen, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Oleh: ROZIE JUMAT

GOLONGAN Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah antara yang memeriahkan susasana Majllis Aidilfitri Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kota Belud.

Pengurus Cawangan AIM Daerah, Zaki Che Mat berkata, majlis seumpama itu mengeratkan lagi hubungan antara ahli (sahabat) seterusnya memperkasakan lagi peranan AIM sebagai satu agensi kerajaan yang aktif khususnya dalam membantu menjana ekonomi wanita luar bandar.

Majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Kota Belud itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dihadiri seramai 400 orang ahli AIM dan kakitangannya.

Pengerusi Majlis, Puan Sarata berkata, majlis seumpama itu akan diadakan bagi mengeratkan lagi ukuwah antara ahli-ahli dan kakitangan yang banyak membantu wanita dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Sementara itu , seorang sahabat AIM, Conney Samidah berkata semua tugas penganjuran itu melibatkan wanita yang membuktikan sahabat AIM bukan sahaja berupaya meningkatkan diri dengan melalui ekonomi tetapi kini berkemahiran mengendalikan penganjuran majlis.

Turut memeriahkan suasana itu ialah artis serba boleh OKU, Nong Gondolos dari Pusat Misompuruh dan persembahan dari Henry Ny (Persatuan Young Voices Rumah Amal Kota Kinabalu). Turut diadakan acara fesyen kanak-kanak, pertandingan kupas pinang, menganyam ketupat, menyusun kiub dan cabutan tiket bertuah.

No comments:

Post a Comment