Monday 20 September 2010

ANSARI MENANG DENGAN MAJORITI BESAR



Oleh : KREW SABAHKINI.NET

PARA ahli PKR Cabang Tuaran sebulat suara menobatkan semula kepimpinan Ketua Cabang Tuaran dengan memilih semula mantan Ketua Cabang Tuaran yang juga mantan Ketua Majlis Pimpinan Negeri yang cuba ditumbangkan oleh golongan tertentu dalam PKR disebabkan hubungan intimnya dengan Ketua Umum Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pemilihan yang diadakan pada ahad 19 Septembr 2010, Hj Ansari Abdullah mendapat 465 undi sementara lawannya, Edward Linggu hanya mendapat 195 undi.

Kebanyakan Pemerhati politik yang mengambil berat mengenai pemilihan Ketua Cabang bagi kawasan pilihanraya Parliman Sulaman berpendapat, dengan 272 undi majoriti diberikan oleh para ahli setia PKR kepada Hj Ansari menjadi tanda arah bahawa kedudukannya semakin kukuh; sekaligus menafikan tindakan liar anasir tertentu yang merancang memporak porandakan PKR dari dalam.

Hj Ansari merupakan mantan Pengerusi PKR Jawatan kuasa Perhubungan Negeri Sabah. Namun setelah dilantik, usahanya memperkasakan perjuangan PKR di seluruh Sabah disabotag oleh kumpulan tertentu dalam PKR yang identiti dalangnya telah dikenal pasti.

Kumpulan tersebut kemudian cuba ugut pucuk pimpinan PKR Pusat dengan menubuhkan Parti Cinta Sabah. Bagaimanapun oleh kerana majoriti yang cuba diperdaya engggan menyokong usaha kumpulan berkenaan membawa mereka keluar PKR dan menyertai Parti Cinta Sabah; akhirnya Ketua kumpulan berkenaan terpaksa mengalah. Episod ini berkesudahan dengan tindakan disiplin diambil terhadap 12 anggota PKR pada bulan Ogos 2010 lalu.

Undi majoriti diperolehi mengesahkan bahawa ahli-ahli PKR dari Kawasan Pilihanraya Sulaman masih memerlukan kepimpinan, tenaga dan kepakaran Hj Ansari untuk mengetuai PKR Sabah menghadapi Pilihanraya Umum kali ke 13 yang dijangka bakal diadakan pada tahun hadapan.

Beberapa Cabang PKR di seluruh Sabah telah juga mencalonkan nama Hj Ansari untuk merebut jawatan Naib Presiden Parti yang kini disandang oleh Dr. Jeffery Kitingan.

“Kita berharap dengan kemenangan diperolehi Hj Ansari ini, pucuk pimpinan PKR tidak lagi terpengaruh dengan kumpulan yang selama ini menjadi gunting dalam lipatan dengan cuba merosakkan PKR dari dalam,” ujar Salahudin, salah seorang ahli PKR dari kawasan Sandakan.

No comments:

Post a Comment