Wednesday 15 September 2010

AU KAM WAH RASMI KUIL SRI SITHI VINAYAGAR




RASMI…Au dan isterinya meletakkan tangan di atas pinggan tanda simbolik perasmian.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

WALAUPUN Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza adat resam dan budaya, namun mereka bebas mengamal dan menganut apa saja agama mengikut kepercayaan masing-masing.

“Kita bersyukur walaupun rakyat Negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk namun kita masih boleh menjalinkan kerjasama antara satu sama lain semakin terserlah dengan konsep perkongsian kuasa dalam urusan pentadbiran kerajaan BN,” kata Wakil Rakyat Elopura, Au Kam Wah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Kuil Sri Sithi Vinayagar di Jalan Chi Wah, Sandakan kelmarin.

“Inilah keunikan negara dan masyarakat kita berbanding dengan Negara dan bangsa lain di dunia yang asyik bertelagah antara satu sama lain,” katanya.

Au berkata kerajaan BN sentiasa mengambil berat menjaga kebajikan rakyatnya terutama sekali rumah-rumah ibadat seperti Kuil, Tokong Cina, Gereja dan Masjid dengan memberikan bantuan secara adil dan saksama.

“Saya akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik termasuk menjana pelbagai dana demi untuk kesejahteraan masyarakat,” tambahnya.

Namun demikian sebagai rakyat Malaysia yang ingin kemajuan dan pembangunan asas yang memadai, kata Au, maka mereka haruslah menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah ini demi merancakkan pembangunan.

No comments:

Post a Comment