Friday 24 September 2010

BEKALAN ELEKTRIK DI PENAMPANG PULIH



Oleh: CENDERAMATA SINTEH

DUA (2) talian Voltan Tinggi (High Tension) SESB yang membekalkan bekalan elektrik di sekitar kawasan Penampang putus selepas dilanggar oleh ‘mesin piling bangunan’ di Jalan Bundusan pada jam 9.52 pagi tadi (24 September 2010).

Ini telah menjejaskan bekalan elektrik ke hampir 3,000 pengguna di sekitar kawasan Penampang seperti Bundusan Square, HSK, Jalan Bundusan dan juga Jalan Penampang Lama.

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 11.50 pagi pada hari yang sama.

Pihak SESB memohon maaf di atas segala dikesulitan yang di alami oleh pengguna SESB ekoran daripada kejadian ini.

No comments:

Post a Comment