Tuesday 7 September 2010

BERSYUKURLAH, JANGAN KUFUR



KASIH...Datuk Nasir (kanan) diringi Datin Rokiah (tengah) dan Ahmad Abdullah (kiri) menyampaikan bantuan dan Sampul Aidilfitri kepada salah seorang warga emas sempena majlis itu di perkarangan masjid Inabah Kamal, Semporna.

Oleh: ARSHAD HUSSIN

RAKYAT yang menerima pelbagai bantuan kerajaan seharusnya tidak kufur malah bersyukur serta berterima kasih kepada kerajaan.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, menjelaskan Kerajaan sentiasa prihatin membantu rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira sukubangsa, anutan agama mahupun fahaman politik.

Katanya, pelbagai bantuan disalur kerajaan kepada rakyat yang memerlukan termasuklah bantuan elaun sara hidup nelayan, bantuan rumah PPR, bantuan orang tua, rakyat miskin dan kurang upaya (OKU) serta pelbagai bantuan lain semata-mata kasihkan rakyat dan meneruskan tradisi membela rakyat berlandaskan konsep! Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang berkata demikian sempena majlis penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Fakir, Miskin, Balu, OKU dan Anak Yatim di perkarangan Masjid Inabah Kamal di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Isteri Nasir, Datin Hajah Rokiah Badar, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir, Ketua Daerah, OKK Haji Musa Sabaani, Kapitan Cina Kawasan Bubul, Datuk Chao Yan San, Kapitan Cina Kawasan bandar, Ong Hang Seng serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Sempena majlis itu Nasir dan Rokiah menyampaikan sumbangan makanan dan sampul hijau kepada lebih seribu orang penerima termasuk Faqir miskin; balu, orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yatim.

Sehubungan itu Nasir, mengingatkan rakyat khususnya umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak melupakan tanggung jawab mereka terhadap keluarga dan terus mengwujudkan perasaan saling berkasih sayang sesama umat.

Katanya, melalui semangat perpaduan dan semangat muhibbah antara kaum, kunjung mengunjungi sempena sambutan sesuatu perayaan mampu menzahirkan semangat kekitaan serta menerbitkan cahaya murni keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan ummah sejagat.

No comments:

Post a Comment