Sunday 12 September 2010

BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH BUKAN UMNO/BN!




Oleh: IBNI ABDULLAH

BILA bercakap soal bantuan, khususnya bantuan kewangan, sekecil tahi mata, yang diberikan kerajaan kepada rakyat, pemimpin UMNO/BN menggambarkan seolah-olah wang tersebut datang dari poket mereka.

Mereka gambarkan bahawa bantuan tersebut adalah akujanji bahawa rakyat wajib mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang! Maka berjela-jelalah panjangnya nasihat para pemimpin ini kepada rakyat, yang antaranya meminta supaya rakyat bersyukur dan berterima kasih pada Kerajaan. Kalau tidak berterima kasih dan mengundi UMNO/BN, maka rakyat dikategorikan sebagai kufur!

Saya ingin bertanya kepada para pemimpin UMNO/BN, wang kerajaan itu datangnya dari siapa? Gaji dan elaun yang diterima oleh para YB UMNO/BN itu sumbangan daripada siapa? Tentulah wang hasil dari keringat rakyat yang dikutip setiapa hari dan setiap tahun lalu digunakan untuk membayar gaji serta elaun para YB UMNO/BN.

Rakyat yang bekerja di pelbagai sektor, swasta atau awam, serta para peniaga dan usahawan membayar cukai pendapatan setiap tahun sehingga mencecah lebih RM50 billion. Kutipan yang dibuat oleh LHDN inilah yang disalurkan ke poket para pemimpin UMNO/BN.

Wang yang dikutip setiap hari melalui saman ekor dan denda kompaun yang dikenakan oleh pihak berkuasa itu jugalah yang dikumpulkan dan diguna untuk membayar gaji dan elaun YB dan Menteri-menteri UMNO/BN.

Sewajarnya para pemimpin UMNO/BNlah yang patut bersyukur kerana rakyat masih bermurah hati menjadi pembayar cukai dan pembayar saman ekor yang setia.

Oleh yang demikian, saya ingatkan pemimpin UMNO/BN supaya jangan pandai-pandai keluar fatwa tentang isu kufur ini. Adalah menjadi wajib bagi setiap individu Muslim dan rakyat seluruhnya bagi menumbangkan kerajaan UMNO/BN pada piliharaya ke-13 akan datang.

Tanah milik rakyat dirampas, kampung halaman dirobohkan, khazanah negara di faraidkan semaunya di kalangan ahli keluarga dan kroni UMNO/BN, pembaziran dalam perbelanjaan projek-projek mega, kos projek sentiasa naik secara tidak munasabah sebagaimana yang berlaku dalam pembinaan lebuhraya Sapulut-Kalabakan.

Manakala hasil balak dimanipulasi, wang yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan pembangunan umat Islam sebagaimana berlaku di USIA telah dirompak, tanah milik MUIS diberikan kepada bukan Islam dan janji untuk membina masjid oleh IJM sehingga kini tidak kelihatan kalibatnya.

Penolakan perlaksanaan undang-undang Islam juga merupakan isu utama yang mesti dipertanggungjawabkan ke atas para pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam. Inilah antara dosa-dosa besar para pemimpin UMNO/BN yang menjustifikasikan wajibnya umat Islam mengkuburkan UMNO/BN pada pilihanraya ke-13 ini.

No comments:

Post a Comment