Wednesday 1 September 2010

KIKIS IMEJ WILAYAH PELACURAN LABUAN?




Oleh: KREW D7 SABAHKINI.NET

JIKA Henry Voon mendakwa dirinya sebagai Juruperunding Kanan SPRM, kini Pemilik Untouchable-King Karaoke, Edward Kong merupakan ‘Broker Balai Polis Labuan’ bagi mewakili semua Pusat Hiburan di Labuan. Manakala Pemilik Manila CafĂ©, Ricky, adalah Macai kepada Edward Kong dan tukang pungut saham bulanan dari Pusat Hiburan di Labuan. Peter Mark pula terus kekal sebagai ‘Broker Jabatan Imigresen’ bagi semua Pusat hiburan Labuan.

Siasatan Unit D7 Sabahkini.net mendapat seorang ‘Bapa Ayam’, Ah Moi yang bekerja di Blue Wave Karaoke adalah agen sah yang dilantik untuk ke Filipina bagi merekrut GRO untuk semua Pusat Hiburan di Labuan. Amoi mempunyai ramai ‘bouncer’ yang diupah Taukey Karaoke untuk mengawal GRO agar tidak melarikan diri atau membuat laporan polis berhubung kegiatan haram ‘Pelacuran Berlesen’ atau ‘Pemerdagangan Orang’.

Beberapa Untouchable Karaoke di Labuan seperti Sport Bar Pub, Golden Key yang dimiliki oleh Taukey 4 ekor haram terbesar di Labuan; Tip Top Karaoke, Manila Cafe, Strawberry Karaoke, 129 Karaoke dan Havana Karaoke baru sahaja dikesan membawa masuk 15 GRO baru daripada Filipina minggu lalu.

Majoriti penduduk Labuan yang ditemui ingin tahu siapa sebenar orang yang mendalangi pelacuran berlesen di Labuan, sama ada Pengarah Jabatan Imigresen atau Bekas Menteri Wilayah atau Bekas Wakil Rakyat Labuan atau Menteri Pelancongan?

Betapa malunya penduduk Labuan dengan tindakan pihak berkuasa membazirkan wang rakyat dengan memaparkan poster mega di Balai Ketibaan dan Keberangkanan Lapangan Terbang Labuan yang bertajuk ‘Lapor Kegiatan Pemerdangan Manusia’ sedangkan hampir semua penguatkuasa di Labuan terlibat dengan jenayah Pemerdagangan orang dan menyuburkan pelacuran.

“Kami berharap agar Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Pengarah Imigresen menghantar pegawai khas untuk buat risikan dan serbuan tanpa pengetahuan pengkuatkuasa tempatan kerana mereka melindungi penjenayah sebenar,” ujar JACK, yang merupakan seorang pegawai kerajaan yang jengkel dengan pihak berkuasa di Labuan kerana tidak pernah menyerbu Pusat Pemerdagangan Manusia yang menyorok beratus GRO di Pekan Jati, Bangunan Shore Service, Bangunan Kg.Muslim dan sebagainya.

Jack berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat mengikis imej buruk Wilayah Persekutuan Labuan yang kini dijenamakan semula sebagai Wilayah Pelacuran Labuan!.

No comments:

Post a Comment