Sunday 5 September 2010

JANGAN CEPAT MELATAH : NASIR



SUMBANGAN...Datuk Nasir (dua kanan) disaksikan Datuk Ramlee Marahaban(kanan) dan Datuk Harman Mohammad (tiga kanan) menyampaikan sumbangan raya kepada N.C. Lassim Gerawan (empat kanan) sempena MBR bersama Ketua-Ketua Cawangan UMNO, AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Semporna.

Oleh: ARSHAD HUSSIN

Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya sentiasa bertenang dan tidak cepat melatah apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam parti dan tidak membuat keputusan secara semberono, sebaliknya mengutamakan keputusan musyawarah dan kembali kepada ajaran agama.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, berkata demikian sempena menghadiri majlis MBR bersama Ketua-Ketua Cawangan, AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kawasan Parlimen Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pengerusi Perbadanan Baitul Maal yang juga Adun Sulabayan, Datuk Haji Harman Muhammad; Adun Kawasan Bugaya, Datuk Haji Ramlee Marahaban; Ketua Wanita, Manismuka Haji Dara; Ketua Pemuda Mohd.Aziz Jaman dan Wakil Puteri, Siti Hana.

Nasir menegaskan, dengan gabungan tenaga tiga kawasan DUN menganjur majlis seumpama itu akan lebih mengukuh serta mengeratkan lagi hubungan silatrurrahim sesama ahli serta mampu menangkis pelbagai tohmahan yang disebar golongan anti UMNO.

Datuk Nasir yang juga Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, berharap pemimpin-pemimpin di tiga kawasan DUN, Senallang, Bugaya dan Sulabayan akan terus bekerjasama menganjurkan pelabagai acara bersama sebagai pemangkin ke arah perpaduan serta pengukuhan ummah.

Sempena majlis itu Datuk Nasir diringi Datuk Harman dan Datuk Ramlee menyampaikan sumbangan Duit Raya kepada semua ketua-ketua cawangan, AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO ketiga-tiga DUN.

Sehubungan itu, Datuk Nasir mengingatkan ahli-ahli UMNO khususnya Ketua-Ketua Cawangan sentiasa memastikan umat Islam mengimarahkan surau dan masjid di kawasan mereka terutamanya sempena bulan Ramadhan.

Beliau yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, mengingatkan umat Islam tidak lupa membayar zakat fitrah dan sentiasa memantau anak-anak mereka tidak terlibat bermain mercun.

Dalam pada itu Datuk Nasir dan isteri serta keluarga mengundang semua ahli-ahli UMNO dan semua rakyat di kawasan itu menghadiri Rumah Terbuka mereka pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama.

No comments:

Post a Comment