Saturday 18 September 2010

'JUARA RAKYAT' DI KUNAK SELEPAS SYAWAL



Oleh: IBRAHIM TABIR

KETUA Penyelaras UMNO kawasan DUN Kunak, Balnama Kauluh yang juga Ahli jawatankuasa pelaksana program Juara Rakyat di sini memberitahu bahawa program berkenaan akan diadakan selepas sambutan bulan Syawal ini.

Sambil menyedari kelewatan telah berlaku dalam melaksanakan program berkenaan di Kunak, Balnama berkata, beberapa faktor tertentu sebelum ini telah 'menidakkan' perlaksanaan program yang berkonsep nasional itu di sini.

Beliau yang tidak menyebut sebab mengapa program itu lewat atau agak ketinggalan diadakan di daerah ini berbanding daerah lain di pantai timur Sabah yang telah berjaya melaksanakannya, Balnama berkata, program Juara Rakyat di Kunak itu sebenarnya sudah diatur dari peringkat awal lagi tetapi terdapat perkara tertentu yang diambil kira dan diteliti termasuk kesesuaian lokasi atau tapak perlaksanaan program berkenaan.

Program itu difahamkan dijadual diadakan tiga bulan lepas di sini yang mana lokasi kawasan lapang berhampiran bangunan Sedco telah dipilih sebagai venue.

Bagimanapun, ramai pihak termasuk ahli Umno dan masyarakat amnya sering bertanya: Bila program tersebut diadakan di Kunak selepas program yang sama berjaya dilaksanakan di daerah-daerah lain di Sabah?.

"Pihak kami telah memilih lokasi berdekatan bangunan Sedco di pekan Kunak itu sebagai tempat mengadakan program Juara Rakyat", katanya dipetik dalam kenyataan sebelum ini .

Program itu dijangka akan disempurnakan perasmiannya oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Adun Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur.

No comments:

Post a Comment