Monday 13 September 2010

KG BOTITION UJI KESETIAAN AHLI BN




TETAMU.....Sebahagian tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka raya mengabadikan kenangan bersama James (duduk empat daripada kiri).

Oleh : SHAIMON S JUMADI

MAJLIS Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Bahagian UMNO Beluran, James Ratip walaupun diadakan di kawasan perkampungan terpencil namun tetap meriah kerana dibanjiri lebih 1,000 tetamu termasuk rakan-rakan daripada parti komponen BN seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO dan juga MCA bagi kawasan Beluran.

Dalam ucapan alu-aluannya, James antara lain menjelaskan kenapa kampung Botition dipilih untuk mengadakan majlis rumah terbuka raya aidilfitri.

“Tujuan utama adalah untuk menguji sejauh mana kesetiaan para penyokong BN dan UMNO terhadap perjuangan kerana mereka sanggup datang walaupun sejauh ini. Jelas membuktikan mereka adalah benar-benar penyokong setia UMNO, khususnya BN,” jelasnya.

Melalui majlis sebegini ini juga kata James, dapat mengeratkan siratulrahim dan jalinan hubungan mesra terhadap semua kaum, tidak mengira anutan agama dan faham politik kerana sebagai rakyat Malaysia, haruslah hidup aman damai dan bersatupadu sejajar dan konsep 1 Malaysia.

Walaupun perayaan tersebut diadakan di tempat yang agak terpencil, namun para tetamu yang berkunjung ke majlis tersebut tidak merasa bosan kerana mereka telah dihiburkan oleh beberapa penyanyi tempatan dan termasuk seorang penyanyi jemputan daripada kumpulan ‘The Melody Group’ iaitu Mariaty Antoni yang diiringi sebuah pancaragam yang menamakan kumpulan mereka ‘The Youth Group’.

No comments:

Post a Comment