Saturday 25 September 2010

KISAH PEMANDU LORI DAN PAPAN TANDA

Oleh: IBRAHIM TABIR

SEBUAH lori yang sarat muatan batu kerikil terbalik ketika cuba menuruni cerun bukit di kilometer 7, Jalan Kunak-Tawau, Kunak pada petang Jumaat (kelmarin).

Pemandu lori berkenaan yang sempat melompat keluar dari kenderaan itu mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Insiden tersebut berlaku berhampiran Kampung Kadazan di Kunak. Seorang penduduk yang tinggal berhampiran berkata, kejadian itu disedari berlaku sekitar jam 6 petang.

Difahamkan, lori berkenaan yang sedang menuruni cerun gagal dikawal lalu tersasar ke bahu jalan dan merempuh konkrit penghadang di tepi jalanraya berkenaan sebelum terbalik di situ

Muatan batu kerikil yang diangkut bertaburan di tebing jalan raya berkenaan.

Dalam pada itu, papan tanda yang menunjukkan lokasi Pusat Jalur Lebar komuniti di pekan Kunak ini dipasang oleh individu yang cetek pengetahuan mengenai arah sesuatu tempat.

Gambar menunjukkan papan tanda yang dipacak ini menunjukkan seolah-olah lokasi Pusat Siber itu terletak nun di padang pekan Kunak atau kawasan di sana.

Bagaimanapun, ada pihak berpendapat kedudukan papan tanda itu perlu diperbetulkan kerana tamadun manusia itu sendiri mencerminkan kecelikan akal untuk memperbetul keadaan.

"Mungkin yang pasang sign board itu golongan manusia yang tidak bertamadun dan kurang ilmu?", soal seorang pengguna yang prihatin dan sering melihat papan tanda itu.

No comments:

Post a Comment