Thursday 9 September 2010

KKLW ‘SHOPPING’ RAYA GUNA NKRA?




Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang berbelanja sakan (Shopping Raya) dengan menggunakan Nilai Keberhasilan Utama (NKRA) sebagai escapism untuk melaksanakan 16 projek mega di Sabah, empat daripadanya di Parlimen Semporna.

Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh, mendedahkan demikian ketika menyerahkan empat keping surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang menerangkan secara jelas siapa yang disenaraikan untuk menyertai tender terhad bagi 16 projek berkenaan.

“Rakyat ingin tahu, siapa yang mencadangkan syarikat berkenaan untuk menyertai tender terhad dan apa kriterianya?,” tanya Abdullahsani yang mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman campurtangan kerana kebanyakan kontraktor merupakan kroni dan proksi kepada Shafie dan adiknya Haji Mohd Yusof Apdal.

Menurut Abdullahsani yang juga Setiausaha Agung Ex-USNO, ramai kontraktor mengadu kepada beliau kerana mereka tidak diberi peluang menyertai tender terhad berkenaan dan jika adapun hanya sebagai untuk mencukupkan korum dan langsung tidak berpeluang untuk menjalankan kontrak kerja berkenaan yang kononnya keputusan siapa yang mendapat kontrak tersebut telah dipersetujui lebih awal.

“Kenapa puluhan syarikat bumiputera lain tidak diberi peluang utk menyertai tender tersebut? Apa asasnya? Anehnya syarikat yang disenaraikan secara berulang seolah-olah tender terhad ini hanya sebagai sandiwara menterinya atau ada pihak yang kawal dari luar?,” tanya Abdullahsani yang meminta Kementerian Kewangan menilai semula syarikat yang disenaraikan lebih sekali atau lebih baik dilaksanakan secara terbuka sebagai langkah penjimatan akibat kemelesetan ekonomi dunia dan mengelak projek top-up.

Abdullahsani turut menggesa agar syarikat yang nama mereka disenaraikan di dalam surat berkenaan tetapi tanpa kelulusan mereka agar membuat laporan polis dan SPRM serta Kementerian Kewangan.

“Kita mendapat maklumat 16 projek berkenaan hanya akan dilaksanakan oleh beberapa syarikat sahaja milik kroni dan proksi menteri serta adiknya setelah bersetuju menerima 10 peratus daripada nilai kontrak,” ujar Abdullahsani yang masih menunggu beberapa dokumen penting untuk didedahkan.

Dalam pada itu, menurut surat kelulusan tender terhad yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan bil. S/K.KEW/PK/KI 1/700/8/0209/156/12-43 Jld 11 SK 7 (16) bertarikh 18 Ogos 2010, Kementerian Kewangan Malaysia yang telah ditandatangani oleh Dato' Fauziah Bt Yaacob telah bersetuju meluluskan permohonan KKLW untuk melaksanakan 16 projek di bawah program National Key Result Area (NKRA) Jalan Luar Bandar (JALB) negeri Sabah secara tender terhad di kalangan kontraktor yang dienaraikan tertakluk kepada siling peruntukan yang telah diluluskan (namun kos projek tidak disebut dalam surat kelulusan berkenaan).

16 projek berkenaan adalah seperti berikut;

01. Projek membina Jalan Garson Spurs, Tawau, Sabah (8 syarikat disenaraikan)

02. Projek membina Jalan Segarong B, Semporna, Sabah (7 syarikat disenaraikan)

03. Projek membina Jalan Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah (7 syarikat disenaraikan)

04. Projek membina Jalan Bungallo-Longkou Lama-Timbok, Tuaran, (10 syarikat disenaraikan)

05. Projek membina Jalan Sin Sin, Semporna, Sabah (10 syarikat disenaraikan)

06. Projek membina Jalan Limpogou Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah ( 9 syarikat disenaraikan)

07. Projek membina Jalan Kg Bangkahak Baru-Kg Zing, Kota Belud (9 syarikat disenaraikan)

08. Projek membina Jalan Pinang, Semporna, sabah (10 syarikat disenaraikan)

09. Projek membina jalan Wakua, Tawau, Sabah (9 syarikat disenaraikan)

10. Projek membina Jalan Gonipis-Tebobon, Kiulu, Tuaran, Sabah (9 syarikat disenaraikan)

11. Projek membina Jalan Kimbazaan-Ovai Mandalipau, Papar, Sabah (9 syarikat disenaraikan)

12. Projek naiktaraf jalan Kibbas-Mohomboyan, Ranau, Sabah (8 syarikat disenaraikan)

13. Projek membina Jalan Sugud-Timpangoh, Penampang, Sabah (9 syarikat disenaraikan)

14. Projek membina Jalan Mansiang Kolonsi, Kota Kinabalu, Sabah (9 syarikat disenaraikan)

15. Projek membina Jalan Poring-Tebobon, Tuaran, sabah (9 syarikat disenaraikan)

16. Projek membina Jalan Kemabong-Marrais, Tenom, Sabah (9 syarikat disenaraikan)






















































































































































No comments:

Post a Comment