Tuesday 21 September 2010

LOJI SIAP, PAIP PECAH, RAKYAT SUSAH?

SIMPATI…… Isteri kepada Lajim Datin Seri Hajah Normillah Siong sedang mendukung adik Norasilah Justin yang kini lumpuh selepas menghidap demam panas semasa kecil.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PERUNTUKAN dari Kerajaan sebanyak RM 30 juta bagi melaksanakan projek naik taraf loji penapis air yang menyalurkan bekalan air ke daerah Kuala Penyu, Menumbok dan sekitarnya yang kini siap sepenuhnya, ternyata tidak berbaloi kerana masih terdapat gangguan bekalan air ke dua-dua daerah tersebut

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pembinaan loji tersebut masih belum dapat menyelesaikan masalah bekalan air ke beberapa buah kampung di kawasan tersebut dan perkara ini turut menjejaskan kehidupan penduduk di beberapa buah kampung yang tidak dapat mendapat bekalan air terutamanya di musim perayaan lalu.

Katanya dari beberapa tinjuan yang beliau buat sendiri bersama wakil rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Sing baru-baru ini, terdapat saluran paip-paip air yang pecah dan usaha untuk memperbaikinya terlalu memakan masa sehingga menjejaskan bekalan air yang diperlukan oleh penduduk setempat.

“Sebagai pemimpin, kita telah lama menyuarakan masalah ini kepada pihak yang berkenaan dan kita berharap satu tindakan konkrit dan proaktif perlu dilakukan segera bagi menyelasaikan masalah ini,” katanya ketika berucap di majlis rumah terbuka Umno bahagian Beaufort bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu di perkarangan masjid Kampung Berangkok, dekat sini baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, jika saluran paip yang didakwa sebagai punca kepada masalah ini kerana tidak mampu menampung kekuatan tekanan bekalan air sehingga menyebabkan saluran paip bocor dan pecah, langkah segara untuk mengganti paip-paip yang lama dan usang ini perlu dilakukan segera.

“Tidak ada sebab kenapa ianya sukar dilakukan, jika kerajaan boleh memperuntukan sejumlah yang agar besar untuk membina loji penapis air, usaha untuk mengganti batang-batang paip yang lama dan usang ini, saya fikir tidaklah menelan kos yang lebih tinggi dari kos membina loji air,” tegas Lajim

Tindakan proaktif pihak berkenaan, kata Lajim amat perlu terutama mengemukakan kertas cadangan segera kepada kerajaan untuk melaksanakan projek mengganti batang paip-paip yang lama dan uzur ini perlu dipercepatkan dan pihak yang berkenaan perlu turun padang memantau masalah ini.

“Kita tidak mahu pemimpin dipersalahkan dalam soal ini dan kita tidak mahu rakyat memberikan gambaran yang salah kepada kerajaan Barisan Nasional, kononnya tidak peka dan prihatin dengan masalah rakyat,“ tambah Lajim

Hadir sama dalam Majlis itu Setiuasaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Isnin Hj Aliasnih yang juga Timbalan Ketua Umno Beaufort; Naibnya Datuk Kimjus Duim; Ketua Pergerakan Pemuda Ishak Ibrahim dan Pengerusi Penganjurnya OKK Awang Anak Yusuf.

Pada Majlis itu Lajim menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Norasilah Bte Justin, 5, yang kini menjadi OKU akibat demam panas beberapa bulan selepas dia dilahirkan.

No comments:

Post a Comment