Saturday 18 September 2010

NIZAM, IBLIS ATAU GUNDURUWO?




Oleh: SHAIMON S JUMADI

BAGI bagi pihak semua wartawan di Sandakan, kami tidak berpuas hati selagi Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Mohd Nizam Abu Bakar Titingan tidak memohon maaf secara terbuka di mana-mana akhbar dan selagi itulah saya akan terus menghentam beliau secara habis-habisan.

Pagi tadi saya dihujani panggilan telefon daripada rakan wartawan dan warga Sabah daripada Sandakan, Tawau, Semporna, KK dan Lahad Datu. Mereka turut kesal dengan sikap Nizam dan memuji keberanian Wartawan Sabahkini.net serta editornya yang berani menyiarkan sikap buruk Nizam melayan wartawan kerana tidak ada surat khabar yang berani menyiarkan atau menegur Nizam; semata-mata kerana bimbangkan periuk nasi mereka tertumpah.

Bagi saya, tidak ada rasa belas ehsan kepada pegawai sombong, bagai kaduk naik junjung kerana saya dan warga Sabah yang membayar gaji serta elaunnya; apatah lagi saya bukan makan gaji dengan UMNO.

Sekiranya Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah kelak, pastikan pegawai bongkak seperti Nizam tidak dikekalkan dalam pentadbiran, sekalipun untuk menjaga Monyet dan Orang Utan di Sepilok.

Kepada Musa Aman, jika ingin terus kekal sebagai Ketua Menteri, pastikan Nizam dipecat sebelum anda dipecat rakyat dan Perdana Menteri malu disebabkan Ketua Menteri Sabah tidak dapat menyelesaikan isu penculikan Sebangkat yang hanya memerlukan dana RM2 juta untuk pembebasan semata-mata kerana Nizam tidak membenarkan Duta Malaysia ke Filipina, Dato’ Ibrahim Saad menemui Musa Aman dua bulan lalu.

“Kenapa ada Firaun di Jabatan Ketua Menteri?” tanya seorang wartawan yang jengkel kerana turut bersama Dato’ Ibrahim untuk membuat liputan tidak dapat menemui Musa kerana Nizam mengulangi sikap Jihek Haji Basanu dan Shafie Apdal di era Tun Sakaran menjadi Ketua Menteri Sabah.

No comments:

Post a Comment