Sunday 19 September 2010

NIZAM MALAPETAKA BUAT UMNO DAN BN?



AJAR….Musa patut ajar Setpolnya supaya jangan terlalu kurang ajar dan biadap kepada wartawan dan anggota polis kerana Nizam bakal menghancurkan UMNO/BN pada pilihanraya ke 13 nanti kerana kebiadapan dan kurang ajarnya yang cemarkan nama baik UMNO dan Musa.

Saudara Pengarang,

SEKALI lagi saya memohon izin kepada Ketua Editor untuk menggunakan sedikit ruang portal ini untuk menyambung semula pendedahan kejahilan seorang Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang dianggap kurang ajar dan biadap kerana mengeluarkan kata-kata kesat (tidak wajar disebut di sini), bukan saja kepada wartawan bahkan juga kepada anggota-anggota polis.

Kebiadapan dan kekurang ajaran Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Mohamed Nizam Abu Bakar Titingan yang memperlakukan kepada wartawan di atas pentas sempena program Juara Rakyat Peringkat Negeri Sabah di Padang Bandaran Sandakan, masih segar lagi dalam ingatan para wartawan terbabit.

Secara peribadi saya nyatakan sudah hampir melangkau 34 tahun menjadi wartawan iaitu sejak di zaman BERJAYA, PBS sehingga pada hari ini, belum pernah dikasari oleh mana-mana badan penganjur; malahan sebagai wartawan kami diberikan penghormatan dan layanan yang cukup baik.

Tetapi malangnya tragedi yang menimpa wartawan dan anggota polis pada jam 11.30 pagi, 16 September 2010, sempena pelancaran program ‘Juara Rakyat’ Peringkat Negeri yang dilangsungkan di Padang Bandaran Sandakan, merupakan detik-detik dan peristiwa hitam yang sungguh menghayat hati dan sukar untuk dilupakan.

Tragedi ini merupakan sejarah hitam dan pahit terhadap seseorang yang terbabit ekoran daripada perbuatan ganas Nizam yang memperlakukan wartawan seperti binatang dan juga memperlakukan pegawai-pegawai polis macam hamba abdinya.

Perbuatan ganas Nizam terhadap wartawan dan anggota-anggota polis telah mendapat kutukan dan ramai juga ahli-ahli UMNO dan BN jengkel dan marah kenapa Nizam sebagai orang yang dihormati sanggup melakukan perkara-perkara sekeji itu yang terang-terang menjatuhkan martabat dan maruah Ketua Menteri dan UMNO sendiri.

Kalau sebagai anak yang kurang ajar dan biadap, sudah tentu ibubapanya turut malu kerana nama ibubapanya juga turut tercemar akibat perbuatan jahil anaknya. Begitu juga ceritanya ekoran daripada kurang ajar dan kebiadapan Nizan kepada wartawan dan anggota polis sudah tentu sedikit sebanyak akan menjejaskan nama baik Ketua Menteri dan Musa sendiri.

Perbuatan Nizam yang cuba mengotorkan nama baik Musa Aman dan UMNO sepatutnya dikutuk habis-habisan bukan dibiarkan begitu saja, yang malu nanti siapa yang kena tahinya UMNO juga.

Dipendekkan cerita, lucutkan sahaja Nizam daripada jawatannya sebagai Setiausaha Politik kepada Musa kerana orang sebegini tidak harus dibiarkan. Hukum habis-habisan kerana tidak sayang pada dirinya dan juga parti UMNO yang tempat dia bergantung hidup untuk membesarkan perutnya.

Saya dengan ikhlas menjelaskan walaupun saya tidak pernah menjadi ahli UMNO sebagai seorang kuat dalam BN khususnya parti GERAKAN, saya sayangkan UMNO kerana parti ini telah menaikan martabat orang Melayu dalam segala hal.

Tetapi Nizam sendiri lain pula sudahlah bergantung hidup dengan UMNO semata-mata di situ, dia makan di situ juga dia berak dan tergamak pula mencemarkan nama baik UMNO dan Musa (seperti berak atas kepala Ketua Menteri).

Orang seperti Nizam ini sepatutnya kena ajar sekali-sekala supaya di hari lain, bila ada program kerajaan atau UMNO Nizam tidak akan mengulangi lagi sikap ‘kebinatangan’ kepada wartawan dan juga kepada anggota-anggota polis yang menjalankan tugas mengawal keselamatan di satu-satu tempat.

Saya harap Datuk Musa Aman dapat mengajar dan mengherdik Setiausaha Politiknya Nizam supaya jangan terlalu biadap dan kurang ajar dengan mana-mana wartawan dan juga terhadap mana-mana anggota polis yang sama-sama menjalankan tugas yang diamanahkan.

Berhubung kes Nizam, saya telah menerima panggilan berunsur ugutan dan amaran daripada kroni-kroni Musa dan mereka marah kenapa saya babitkan nama Musa. Saya beritahu mereka kalau tidak puas hati mengenai kenyataan yang saya buat, jawab di mana-mana akhbar atau saman saya.

Sebaliknya para pegawai dari MPS dan Cawangan Khas/Polis yang membaca kes Nizam semuanya menyambut baik dan berterima kasih kepada Sabahkini.net kerana berani menyiarkan berita tersebut.

MPS marah kerana perempuan Cina dan Nizam campur tangan dalam protokol program Juara Rakyat kerana akibat perbuatan mereka, sedikit sebanyak mencacatkan majlis tersebut.

Ramai Polis Cawangan Khas kecewa kerana sudahlah mereka tidak diberi sebarang minuman atau makanan, tiada pula meja atau bangku tempat duduk disediakan, malah mereka pula dijadikan ‘hamba abdi’ disuruh itu dan ini.

Untuk makluman, 70 peratus ahli-ahli UMNO/BN tidak setuju dengan ‘Juara Rakyat’ raksasa itu kerana satu pembaziran duit kerajaan dan mereka cadangkan ada baiknya duit itu di bahagi kepada orang miskin tegar yang lebih memerlukan; daripada gimik politik murahan!

Salam hormat,

SHAIMON S JUMADI

(Ketua Biro Sabahkini.net Wilayah Sandakan)

No comments:

Post a Comment